awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/12/2020
00:05 MYT
'Saya peminat lagu you tau' - Michael Ang mohon maaf kepada Noraniza Idris
Michael meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita. -Instagram @noraniza_idris @michaelang38
PENGARAH drama terkenal, Michael Ang meminta maaf kepada penyanyi, Noraniza Idris secara langsung di Anugerah Meletop Era 2020 (AME).
Michael meminta maaf selepas Noraniza selesai membuat kemunculan khas semasa persembahan Shiha Zikir dan Wany Hasrita yang menyanyikan lagu etnik kreatif iaitu "Hati Kama" dan "Ting Ting".
Menurut pengarah "Sweet Dreams" itu, dia langsung tidak berniat apa-apa dan apa yang dikatakan jujur dari hati.
"Mungkin bahasa saya terlalu kasar, jadi saya minta maaf sebab saya tak berniat apa-apa," katanya semasa siaran langsung AME 2020.
Pada masa sama, Ratu Etnik Kreatif itu juga mengatakan bahawa dia tidak mempunyai masalah untuk menerima kritikan namun apabila ia datang daripada Michael Ang yang mempunyai pengaruh yang besar ia agak terkesan buat dirinya.
"Michael orang berpengaruh, jadi dah tarik semua netizen untuk katakan sesuatu yang tidak baik pada Kak Ani, Kak Ani sedih tau" balas Noraniza.
Noraniza yang popular dengan lagu "Dikir Puteri" itu juga meminta agar Michael Ang selepas ini menggunakan perkataan-perkataan yang baik ketika beri komen pada seseorang.
Sebelum ini, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta program Gegar Vaganza menerusi Twitter. Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas daripada pengarah yang popular dengan drama "Perempuan Tanpa Dosa" itu. Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah tersebut selepas tamat program berkenaan.
Topic Berkaitan
#Michael Ang
#Noraniza Idris
#bermaafan
#AME 2020
#Anugerah Meletop Era
#Gegar Vaganza
#Shiha Zikir
#Wany Hasrita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan