PENANGAN Sufian Suhaimi di malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) masih dibicarakan di sosial media.
Perihal penyanyi lagu Di Matamu itu membawa set 'pelamin' di pentas membawa pemahaman yang pelbagai dalam kalangan peminat-peminatnya.
Ada pandangan nakal mendakwa Sufian seakan-akan 'membalas dendam' di atas kekecewannya selepas putus tunang dengan pelakon Elfira Loy.
Penyanyi muda itu dikatakan sukar melupakan wanita yang pernah singgah di hatinya.
Belum selesai perdebatan isu set 'pelamin', penyebaran sekeping foto kononnya Sufian sedang tidur di samping seorang wanita tular di media sosial.
Lalu, bagaimana penerimaan tuan punya badan? Sejauh mana kebenaran dia sukar mengikis kenangan bersama Elfira? Benarkah foto itu miliknya?
Kepada Astro AWANI, Sufian, 27, tenang menjawab satu demi satu soalan yang diajukan padanya.
Enggan melatah atau melenting dengan dakwaan tidak berasas netizen, bagi Sufian segala pengalaman pahit yang pernah singgah dalam hidupnya sudah lama dibuang jauh.
Pengalaman pahit lalu khususnya episod putus cinta, katanya, menjadi bekalan ilmu kehidupan yang akan sentiasa menjadi pedoman.
Dan kerana itu juga, Sufian tanpa berselindung mendedahkan, dia sudah lama bangkit daripada kesedihan.
"Saya sudah lama move on. Sudah lama saya lupakan apa yang pernah berlaku dalam hidup. Saya percaya setiap orang pernah melalui fasa-fasa yang sedih dan sukar dalam hidup. Demikian juga dengan saya. Episod putus tunang itu sudah lama saya simpan rapi," kata Sufian dalam perbualan dengan Astro AWANI pada Selasa.
Dalam usaha mencari kekuatan, Sufian bersyukur kerana keluarganya sentiasa memberi sokongan moral buatnya.
"Saya berterima kasih pada keluarga dan sahabat karib yang tidak putus memberi sokongan dan mendoakan saya. Ketika melalui saat-saat yang sukar, mereka sentiasa ada bersama saya," kata Sufian lagi.
Kepercayaan keluarga dan sahabat karib juga menyebabkan Sufian tidak pula melenting apabila ada yang menyebarkan foto terbaharu dia sedang tidur di samping seorang wanita.
Kata Sufian, tidak ada sebab untuk dia membuat bising dan melayan perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab itu.
"Biarlah dia orang nak buat apa pun, ini bukan kali pertama nama saya dikaitkan dalam perkara-perkara tidak elok. Saya tahu saya tak buat salah dan keluarga juga kenal siapa saya," kata Sufian menoktahkan perbualan.
BACA; Tular foto mirip Sufian Suhaimi tidur bersama seorang wanita
BACA: Doakan kemenangan Sufian Suhaimi, tweet Elfira Loy dikecam netizen
Astro Awani
Tue Feb 05 2019
SEMAKIN meningkat usia, Sufian memberitahu, dia harus lebih tenang, rasional dan berfikir panjang sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. - Gambar Instagram Sufian Suhaimi
Cedera terkena letupan, padah tendang bendera Palestin
Letupan kuat dan asap tebal memenuhi lokasi tersebut sejurus dia menendang bendera Palestin yang dipasang di tengah kawasan padang rumput.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 April 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry;
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Nahas helikopter Lumut: ATM, TLDM tubuh Lembaga Siasatan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Ia adalah salah satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh negara jiran selama berdekad-dekad konflik etnik sesama mereka.
Fahami pasaran sebelum perjalanan pemula niaga adalah penting - Pengasas
Peralihan daripada usahawan solo kepada ketua yang boleh membina dan meneraju pasukan juga penting.
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Normal Baharu: Sufian Suhaimi manfaatkan tempoh PKP untuk perbaiki diri
Penyanyi popular tanah air Sufian Suhaimi mengambil masa terluang dikala tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk memperbaiki diri.
Hanya berkawan dengan Sufian Suhaimi, Hawa Rizwana ingin stabilkan karier penyampai berita
Terus kejar cita-cita ..
Sufian Suhaimi tercalon dalam anugerah Herald Global
Penyanyi Sufian Suhaimi tercalon dalam sebuah anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang akan berlangsung pada bulan depan di Hotel Hotel Intercontinental, Kuala Lumpur.
Anggap kontroversi proses pembelajaran, Sufian Suhaimi tidak melatah
Penyanyi Sufian Suhaimi menjelaskan segala isu dan kontroversi yang melanda adalah proses pembelajaran.
Duit berterbangan? Bukanlah, sebenarnya... - Sufian Suhaimi
Penjelasan itu sekaligus menafikan dakwaan netizen yang mengatakan ia adalah imej 'wang berterbangan'.
Sharifah Shahira sedia terima Sufian Suhaimi sebagai menantu
Sufian Suhaimi lamar anak Shiera?
"Saya sudah lama move on" - Sufian Suhaimi
Benarkah Sufian masih teringat Elfira Loy?
Hal yang boleh dipelajari di pentas AJL33
Pentas besar semestinya ada peluang besar untuk pesertanya.
Jangan banding nyanyian saya dengan Suffian - Zamani
Kata Zamani, muzik merupakan sesuatu yang subjektif dan penilaiannya terpulang kepada individu yang mendengar.
'Memang saya potong markah lupa lirik, tapi...' - Penjelasan Ramli MS apabila Zamani ke final
Namun, Ramli berkata, dia terpaksa akur apabila telah memberikan markah yang banyak kepada Zamani menerusi persembahan kedua.