awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya sudah menuju menopaus' - Suami desak mahu anak, Sofia Vergara pilih cerai

Gempak
Gempak
25/01/2024
04:18 MYT
'Saya sudah menuju menopaus' - Suami desak mahu anak, Sofia Vergara pilih cerai
Vergara (kanan) mengaku bercerai dengan Manganiello (kiri) selepas suaminya mahu mereka memiliki anak. -Gempak
PELAKON Sofia Vergara mengaku bercerai dengan Joe Manganiello selepas suaminya mahu mereka memiliki anak.
Kata Vergara, dia tidak bersetuju dengan permintaan suami memandangkan usianya yang sudah mencapai 51 tahun.
Suaminya pula berusia 46 tahun.
“Rumah tangga kami berakhir selepas suami yang lebih muda daripada saya mahu anak.
“Saya tidak mahu menjadi ibu yang sudah berusia dan tua. Saya rasa ia tidak adil buat anak yang bakal lahir.
“Saya juga sudah menuju menopaus dan itu adalah lumrah buat wanita,” kata Vergara seperti dilaporkan Page Six.
Bintang Modern Family itu menegaskan menghormati pilihan pasangan lain yang masih memiliki anak pada usia senja, namun mengaku ia bukan ‘jalan’ yang baik buat dirinya.
“Saya memiliki seorang anak lelaki pada usia 19 tahun. Dia kini sudah berusia 32 tahun.
“Pada usia sekarang saya sudah bersedia menjadi nenek, bukan ibu,” katanya mengenai keinginan memiliki cucu daripada anak hasil perkahwinan pertama dengan Joe Gonzalez.
Vergara dan Manganiello bercerai pada 2023 selepas hidup bersama selama tujuh tahun. -Gempak
Topic Berkaitan
#Sofia Vergara
#Joe Manganiello
#pilih cerai
#suami mahu anak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan