TAHUN 2016 boleh dikatakan tahun yang amat membanggakan buat seluruh rakyat Malaysia kerana banyaknya kejayaan yang telah ditempa di pentas antarabangsa.
Daripada pencapaian memberangsangkan di temasya Olimpik dan mencatat sejarah meraih emas di temasya Paralimpik di Rio de Janiero, kini pelawak Harith Iskander menghadiahkan satu lagi 'emas' apabila dinobatkan sebagai 'The Funniest Person in the World' oleh Laugh Factory.
Kejayaan Harith dalam pertandingan dwi-tahunan di Finland anjuran francais komedi terbesar di Amerika Syarikat itu sekali gus membuka mata dunia akan kemampuan komedi Malaysia.
Kejayaannya tidak akan tercapai tanpa sokongan peminat, di mana saingan memerlukan undian penyokong untuk membolehkannya mengetepikan 86 pelawak lain dari 56 buah negara untuk membawa pulang hadiah USD100,000 serta peluang jelajah di Amerika.
Kegembiraan di atas kejayaan tersebut dikongsi Harith melalui media sosial di Instagram dan Twitter.
Namun ada segelintir yang kurang senang dengan kiriman Harith di Instagramnya yang memberi 'penghargaan khas' buat 'bangsa Johor.'
Menjelaskan perkara itu, Harith berkata kiriman tersebut ditujukan buat rakan-rakan blogger dan komuniti online serta seluruh peminat dari Johor yang telah menjadi tulang belakang utama kejayaannya dalam pertandingan itu, ditambah pula dirinya anak kelahiran negeri selatan itu.
"Pastinya mereka mempersoalkan kiriman saya itu, tetapi tengok kiriman-kiriman lain, saya berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia.
"Apabila saya menerima hadiah saya bawa bendera Malaysia ke atas pentas, Jamie Masada (pengasas Laugh Factory) terkejut dan mengatakan ia sesuatu yang hebat kerana pemenang sebelum ini tidak membawa bendera negaranya (Finland) apabila diumum sebagai pemenang," jelasnya.
Kata Harith, sudah menjadi kebiasaan orang ramai untuk mengambil sesuatu dan mengeluarkannya daripada konteks yang sebenar untuk menjadikan ia viral.
"Kerjaya saya sebagai pelawak adalah untuk menyatukan masyarakat, tetapi kalau tindakan saya itu menyebabkan perpecahan, saya minta maaf kerana bukan niat saya begitu.
"Saya tak boleh nak puaskan semua orang setiap masa," ujarnya.
Harith tiba di tanah air di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi tadi, disambut Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab dan timbalannya, Datuk Seri Abdul Khani Daud.
Dalam sesi bersama warga media di Balai Ketibaan KLIA, Harith sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan kepadanya sepanjang pertandingan yang berlangsung sejak Ogos itu.
Di pentas final, beliau telah mengetepikan empat pesaing lain iaitu Alex Calleja (Filipina) sebagai naib johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel).
Menceritakan beberapa pengalamannya di sana, Harith berkata cabaran terbesar adalah menyiapkan serta mempersembahkan kandungan yang dapat difahami dengan baik oleh khalayak penonton asing, di samping kesejukan suhu di Finland yang melampau.
Begitupun, Harith berbangga semuanya berjalan lancar, malah terkejut dan terharu dengan kehadiran kelompok penyokong Malaysia semasa saingan akhir di Levi.
"Ada satu rombongan orang Malaysia yang bekerja di Kedutaan Malaysia di Finland dalam 30 orang. Sejurus saya keluar pentas, saya nampak bendera Malaysia dikibarkan.
"Hanya penyokong Malaysia sahaja yang hadir untuk menunjukkan sokongan kepada pelawak mereka," kata Harith.
Harith menyifatkan kemenangannya pada Isnin sebagai bukan sekadar mengangkat namanya, malah secara tidak langsung membuka laluan untuk industri komedi Malaysia ke pentas antarabangsa.
Berpeluang membuat 10 persembahan di serata Amerika Syarikat, ia menjadi tempat untuk Harith memperkenalkan Malaysia kepada dunia.
"Ada tak siapa-siapa daripada jabatan cukai yang tengah dengar ni?" selorohnya.
"Saya tak terima satu bayaran sekali gus. Bayaran akan diberi setiap kali persembahan jelajah saya di Amerika nanti.
"Kalau bagi USD100,000 sekali gus, saya tak akan pergi AS... saya duduk di sini. Tahun depan ada rumah besar," jenakanya lagi.
"Tapi ini peluang untuk saya cuba besarkan nama saya dalam scene komedi di AS.
"Sebenarnya saya masuk pun bukan sebab duit, cuma mahu pengalaman untuk membina nama dan berharap untuk menang supaya saya boleh bawa nama komedi berdiri Malaysia ke luar negara."
Dengan wang kemenangan yang diperolehnya, dia merancang untuk mengadakan satu majlis kenduri kesyukuran sebagai menghargai jasa penyokong dan peminat.
Israr Khalid
Wed Dec 14 2016
Di pentas final, Harith telah mengetepikan empat pesaing lain iaitu Alex Calleja (Filipina) sebagai naib johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel). -Gambar Astro AWANI
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Rakaman serbuan wajib guna kamera jabatan
Penggunaan kamera milik jabatan oleh pegawai penguat kuasa agama semasa operasi serbuan khalwat adalah wajib untuk memastikan integriti dan hak individu yang disyaki terjaga.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang, menyatakan bahawa rakaman menggunakan telefon bimbit peribadi adalah tidak wajar kerana boleh dipertikaikan di mahkamah.
Dua beregu negara buru gelaran juara BWF 2024
Dua beregu negara iaitu beregu profesional Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee We akan turun hari ini beraksi di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China bagi memburu gelaran juara dan membawa pulang wang tunai hampir sejuta ringgit.
Piala AMEC: Isteri terkesan kritikan melampau terhadap penjaga gol negara
Isteri Haziq Nadzli, kesal dengan kecaman melampau terhadap suaminya itu selepas kesilapan memberi kemenangan tipis 1-0 kepada Thailand.
Perkembangan Kongres Khas PKR
Kongres Khas PKR bagi meminda perlembangaan parti sedang berlangsung pada ketika ini di Shah Alam Selangor.
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Bersama rakan setugas, Umavathi Ramayah untuk perkembangan mengenai perjalanan kongres
Jangan ada sikap kawan makan kawan - Puteri UMNO
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi mengingatkan agar pemimpin termasuk anggota UMNO tidak memiliki sikap ‘kawan makan kawan’ dalam gabungan Kerajaan Perpaduan.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Dalam satu kenyataan, Nurul memberitahu, sudah cukup pengalaman pemimpin UMNO melompat parti dan dicuri parti lain sebelum ini.
Harith Iskander, Dr Jezamine sah bercerai talak satu
Beberapa terma sudah dipersetujui oleh Harith Iskander dan Dr Jezamine termasuk berkaitan nafkah tiga anak mereka, manakala proses hak penjagaan anak (hadanah) pula akan diuruskan pada minggu depan.
Krisis rumah tangga: Harith Iskander, Jezamine akan keluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat
Harith Iskander dan Dr Jezamine Lim akan mengeluarkan kenyataan bersama dalam masa terdekat berhubung permohonan cerai mereka.
Isteri Harith Iskander fail permohonan cerai selepas 14 tahun bersama
Dr Jezamine bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai punca tindakannya itu.
Komediri Jocelyn Chia tidak sensitif, turut dikritik pelawak tempatan - Fahmi
Beliau berkata perbuatan individu terbabit turut menerima kritikan dan teguran daripada pelawak tempatan yang lain seperti Adflin Shauki dan Harith Iskander.
'Tak lawak langsung!' - Tindakan wanita 'buka baju' di pentas komedi dikecam
Tindakan wanita terbabit menanggalkan tudung dan pakaian hingga separuh bogel ketika membuat persembahan "tidak melucukan."
Banjir: Harith Iskander kongsi detik selamatkan bayi
Menurut Harith, bayi bersama ibunya itu sudah terperangkap selama dua malam di tingkat atas sebuah rumah kedai.
Aktiviti perfileman boleh diteruskan selepas Hari Raya dengan SOP ketat - Saifuddin
Kelulusan diberikan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pagi semalam.
Harith sedih tak dapat baki wang kejuaraan "Funniest Person In the World"
Harith Iskander meluahkan rasa sedih apabila pihak penganjur The Laugh Factory masih tidak dapat melunaskan baki wang kemenangannya berjumlah 70,000 usd (RM 280,000).
'Pelawak sangat mewah, tapi etika dan mutu kerja...' - Afdlin Shauki
Pelakon Datuk Afdlin Shauki mengakui kagum dengan pencapaiaan yang dikecapi oleh rakan baiknya, Douglas Lim dalam industri 'stand-up comedy' di Malaysia.
Jenaka Harith Iskander mengenai PRU14 cuit hati peminat
Bukan bertujuan memilih mana-mana parti politik yang bertanding, Harith sebaliknya menampilkan jenaka PRU14 dengan dua watak iaitu Apple dan Joe Black dalam satu program berkonsep 'sketch comedy'.