PENYANYI Sam Bunkface tampil membidas kenyataan bekas isteri, Aida Azira Hussin tentang pengabaian nafkah dan tanggungjawab terhadap anak lelakinya iaitu Maleeq susulan membuat permohonan pindaan nafkah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam sebelum ini.
Sam atau Shamsul Annuar Mohd Bahrom, 35, menjelaskan dia tidak pernah culas memberi nafkah secukupnya buat Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik COVID-19 tiga tahun lalu.
"Saya tak pernah langsung mengabaikan nafkah anak saya sebulan pun. Saya siap bayar lebih.
"Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Dia (bekas isteri) minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu... logik tak saya minta pindaan ini?
"Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya mash laksanakan tanggungjawab dengan baik," katanya.
Sam menjelaskan perkara itu dalam sebuah video yang dimuat naik ke Instagram miliknya malam tadi.
Penjelasan itu dibuat tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas isterinya kepada media selepas tidak bersetuju dengan permohonan pindaan nafkah yang dibuat.
Dalam kenyataan itu, Aida meminta Sam membuktikan sekiranya tidak mempunyai pendapatan secukupnya serta kurang tawaran persembahan.
Menjelaskan mengenai perkara itu, Sam berkata, Aida sedia maklum tentang pendapatannya selepas dia berkongsi semua bukti di mahkamah berhubung alasan permohonannya itu.
Sam turut mempersoalkan tindakan Aida yang menilai kehidupannya berdasarkan apa dimuat naik di media sosial.
"Saya tak pernah tunjuk kesusahan atau kesenangan saya di media sosial. Kenapa nak menilai berdasarkan media sosial?
"Saya sudah serahkan semua bukti ketidakmampuan saya untuk membayar nafkah di mahkamah dan Aida juga sedia maklum mengenai perkara itu," jelasnya.
Selain itu, Sam juga turut membidas kenyataan yang mendakwa dia sudah lebih enam bulan tidak berjumpa anak serta tidak berhubung dengan cahaya mata mereka.
Malah, sebaliknya, Sam mendakwa Aida dilihat sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan ketika ini kanak-kanak itu bawah jagaan neneknya di Melaka.
"Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan. Aida letak Maleeq di Melaka tapa pengetahuan saya.
"Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya," kata Sam.
Sam menjelaskan panjang lebar tentang semua kenyataan yang diberikan Aida termasuk terpaksa menyekat nombor telefon wanita itu selepas menerima pelbagai ugutan yang tidak munasabah.
Sekadar info, Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 dan bercerai pada Januari 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Maleeq yang kini berusia enam tahun. -Gempak
Gempak
Sun Apr 02 2023
Sam Bunkface tampil membidas kenyataan bekas isteri, Aida Azira Hussin tentang pengabaian nafkah dan tanggungjawab terhadap anak lelakinya Maleeq. -Gempak/Instagram
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas isteri syukur Sam Bunkface diarah bayar tunggakan nafkah anak
Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor mengarahkan vokalis kumpulan Bunkface, Sam membayar tunggakan nafkah anak kepada bekas isteri, Aida Azira Hussin berjumlah RM4,668.
Saya sedar saya orang biasa, tak mahu melukakan mana-mana pihak lagi - Aida Azira
Jelas Aida, dia tidak mahu lagi memberikan sebarang respons terhadap dakwaan yang dilemparkan oleh Sam sebelum ini.
'Saya tak pernah abai nafkah anak, siap bayar lebih' - Sam Bunkface bidas kenyataan bekas isteri
Sam menjelaskan dia tidak pernah culas memberi nafkah secukupnya buat Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik COVID-19 tiga tahun lalu.
Bunkface lancar "Kita Punya Malaysia versi akustik"
Lagu tersebut disuntik elemen baru yang lebih santai namun masih mengekalkan semangat sama.
Kolaborasi istimewa Inteam, Sam Bunkface dalam Mencari Sinar
Mencari Sinar merupakan sebuah karya baharu yang mana melodi dan lirik asalnya ditulis oleh Allahyarham Ahmadi Hassan.
Sam Bunkface kembali bergelar suami
Sam sah bergelar suami kepada pasangan hatinya, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi.
"Ayah puncanya Bunkface berduet Dengan Jeffrydin" - Sam
Vokalis kumpulan Bunkface, Sam mengakui tujuan mereka memilih penyanyi pop yeh yeh Datuk Jeffrydin untuk berduet dalam single terbaharu, disebabkan oleh bapanya.
Pelawak dan penyanyi popular bergabung dalam #JuaraParodi
Saksikan barisan artis terkemuka seperti Awie, Misha Omar, Mark Adam, Tomok, Black atau Sam bergandingan dengan pelawak terkenal tanah air seperti Shiro, Jambu, Rahim R2, kumpulan Bocey dalam program
Foto-foto sekitar majlis resepsi Sam Bunkface dan Aida Azira
Tahniah diucapkan kepada vokalis kumpulan Bunkface, Sam yang telah bergelar suami kepada Aida Azira pada majlis akad nikah yang berlangsung pada Sabtu.