ENTERTAINMENT

"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan

Astro Awani 28/02/2021 | 07:22 MYT
Dalam satu pautan di blog peribadinya, Bachchan mendedahkan, 'saya tidak boleh menulis, masalah kesihatan, pembedahan'. - Gambar fail
BINTANG Bollywood, Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di salah sebuah hospital di India.
Bachchan atau sinonim dengan panggilan “Big B” dipercayai mendedahkan pada Sabtu malam yang dia terpaksa menjalani pembedahan kerana masalah kesihatan yang dialaminya.
Namun, dia tidak pula mendedahkan apakah masalah kesihatan berkenaan.
Dalam satu pautan di blog peribadinya, Bachchan mendedahkan, “saya tidak boleh menulis … masalah kesihatan … pembedahan…”
Peminat Bachchan memberi reaksi mendoakan agar selebriti terkenal itu sembuh dengan segera.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Baru-baru ini, Bachchan sibuk menjalani penggambaran filem “Mayday” di Hyderabad, India bersama pelakon Ajay Devgamn dan Rakul Preet Singh.
Bachchan yang turut dikenali sebagai “Angry Young Man” sinonim dengan filem, “Deewar”, “Don”, “Agneepath”, “Kabhi Kushi Kabhi Gham” dan “Black” sepanjang 50 tahun pembabitan beliau dalam bidang lakonan.
Penampilan terakhir Bachchan dalam karya Shoojit Sircar, sebuah drama komedi berjudul "Gulabo Sitabo" dimana beliau muncul bersama pelakon Ayushmann Khurrana.
#Amitabh Bachchan #Bollywood #India #filem #masalah kesihatan #blog #Kabhi Khushi Khabi Gham