HIBURAN
"Saya tidak nazak, masih sihat dan bekerja" - Dolly Parton jawab dakwaan semakin uzur
Dolly Parton yang berusia 79 tahun itu berkata, beliau mahu menjernihkan kekeliruan selepas tular dakwaan bahawa dirinya semakin uzur.
BINTANG legenda muzik country Amerika Syarikat (AS), Dolly Parton, tampil menjawab spekulasi mengenai keadaan kesihatannya dengan menegaskan beliau “baik-baik sahaja” dan “tidak nazak.”
Dalam satu video yang dimuat naik ke media sosial, penyanyi berusia 79 tahun itu berkata, beliau mahu menjernihkan kekeliruan selepas tular dakwaan bahawa dirinya semakin uzur.
“Saya tahu kebelakangan ini ramai fikir saya lebih sakit daripada keadaan sebenar. Tapi, tengok saya — Adakah saya kelihatan seperti seorang yang sedang sakit? Saya sedang bekerja keras di sini,” katanya dalam video yang dirakam di lokasi penggambaran iklan untuk Grand Ole Opry.
Mengenakan busana berhiaskan jumbai merah dan hitam, penyanyi lagu 9 to 5 itu berkata, beliau mahu menenangkan peminat yang kelihatan sangat bimbang.
“Saya hargai doa anda semua. Saya sentiasa perlukan doa untuk apa juga keadaan, tapi saya nak anda tahu saya okey,” katanya lagi dalam video yang disertakan kapsyen berbunyi “I ain’t dead yet!” (Saya belum mati lagi!).
Parton mengakui, beliau mengalami beberapa masalah kesihatan yang turut disebutnya bulan lalu apabila membatalkan siri konsert di Las Vegas pada Disember.
“Ketika suami saya, Carl, jatuh sakit untuk tempoh yang lama dan kemudian apabila dia meninggal, saya tidak menjaga diri saya sendiri. Banyak perkara yang saya abaikan. Jadi apabila saya berjumpa doktor, mereka kata ‘kita kena rawat ini dan itu’. Ia bukan sesuatu yang serius, tapi saya terpaksa batalkan beberapa komitmen supaya saya boleh berada dekat dengan rumah (untuk berehat dan menjalani rawatan),” jelasnya.
Suami Parton selama hampir 60 tahun, Carl Dean, meninggal dunia pada Mac lalu.
Kebimbangan mengenai kesihatan Parton meningkat selepas adiknya, Freida, menulis di Facebook bahawa dia “berdoa sepanjang malam” untuk penyanyi lagu Jolene itu.
“Ramai tahu dia (Dolly) tidak berasa sihat kebelakangan ini. Saya percaya pada kuasa doa dan saya minta seluruh dunia yang menyayanginya agar bersama-sama berdoa,” tulis Freida.
Namun selepas mencetuskan panik dalam kalangan peminat, Freida kemudian menjelaskan, dia “tidak bermaksud menakutkan sesiapa” dan hanya mahu meminta doa untuk kakaknya.
Seorang lagi adik Parton, Stella, turut tampil menjelaskan bahawa Freida sememangnya mudah risau apabila ada antara adik-beradiknya tidak sihat, namun, mengakui kesal kerana terus ditanya mengenai keadaan Dolly.
Kebimbangan peminat juga meningkat kerana doa tersebut diminta tidak lama selepas kematian suami Parton - sesuatu yang sering dikaitkan dengan kemerosotan kesihatan dalam kalangan pasangan yang masih hidup.
Akhir bulan lalu, Parton mengumumkan penangguhan konsertnya di Las Vegas kerana menghadapi beberapa “cabaran kesihatan” dan perlu menjalani “beberapa prosedur perubatan.”
Konsert enam malamnya di Colosseum at Caesars Palace kini dijadual semula ke September 2026 — penampilan residensi pertamanya di Las Vegas dalam lebih 30 tahun.
Dolly Parton merupakan antara figura paling disayangi dalam dunia hiburan.
Selain menjadi penyanyi dan penulis lagu prolifik, beliau juga terkenal sebagai dermawan termasuk membantu membiayai pembangunan vaksin COVID-19 Moderna dan menubuhkan program pemberian buku percuma kepada kanak-kanak.
Dalam videonya, Parton menutup dengan mesej positif kepada peminat: “Saya harap bila anda dengar sendiri daripada saya, anda tahu saya okey. Saya belum bersedia untuk mati. Saya rasa Tuhan belum selesai dengan saya - dan saya pun belum habis bekerja,” katanya sambil tersenyum. “Saya sayang anda semua, teruskan berdoa untuk saya.”