awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
Guna air secara berhemah susulan musim kemarau, pengairan padi - PBAPP
Mahkota Permaisuri Eugenie remuk namun hampir utuh selepas rompakan di Louvre
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sayang Justin Timberlake, Britney Spears sanggup gugurkan anak

Gempak
Gempak
19/10/2023
16:53 MYT
Sayang Justin Timberlake, Britney Spears sanggup gugurkan anak
Dua selebriti popular Hollywood ini pernah menjalin hubungan asmara sekitar lewat tahun 90-an dan awal 2000. - Gambar Gempak
Hubungan percintaan di antara Britney Spears dan Justin Timberlake bukan satu rahsia.
Dua selebriti popular Hollywood ini pernah menjalin hubungan asmara sekitar lewat tahun 90-an dan awal 2000.
Waktu itu Spears berusia 17 tahun manakala Timberlake, 18.
Ternyata setelah bertahun lamanya, Spears menyimpan rahsia besar yang pernah terjadi sepanjang mereka bersama.
Menerusi siaran segera yang diberikan kepada People, penyanyi Toxic tersebut mengaku pernah hamil anak Timberlake.
Namun dia menggugurkan janin tersebut selepas Timberlake didakwa tidak gembira dan belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa.
“Timberlake tidak gembira dengan berita kehamilan Spears. Dia mengaku belum sedia untuk mempunyai anak dan berasa masih terlalu muda untuk menjadi bapa,” tulis kenyataan tersebut.
Spears yang kini berusia 41 tahun kemudian mengambil keputusan menggugurkan janin yang dikandung.
“Ia mengejutkan saya (Timberlake tidak gembira) tapi itu bukan tragedi buat saya.
“Saya sangat sayangkan Timberlake. Saya selalu bayangkan akan mempunyai keluarga bersama, dulu,” dedah Spears.
Pendedahan tersebut dibuat Spears menerusi memoir miliknya, The Woman in Me.
The Women in Me hanya akan dipasarkan secara global pada 24 Oktober 2023.
Sementara itu Timberlake masih belum memberi sebarang respons terhadap pendedahan yang dibuat. - Gempak
Topic Berkaitan
#mempunyai keluarga
#menggugurkan janin
#hubungan asmara
#rahsia besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan