[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
ENTERTAINMENT

Scarlett Johansson kahwin senyap-senyap

Agensi 02/12/2014 | 10:02 MYT
Perkahwinan rahsia pasangan ini dilaporkan oleh majalah People. - Foto AFP
Bintang Hollywood, Scarlett Johansson dilaporkan berkahwin dengan tunangnya Romain Dauriac dalam satu majlis yang dirahsiakan pada Oktober lalu.
Berita itu dipetik dari majalah People, Isnin lalu.
Johansson, 30, yang popular dengan wataknya di dalam filem Lost in Translation, The Avengers dan beberapa filem arahan Woody Allen mengahwini Dauriac yang merupakan wartawan Perancis di Montana.
Pasangan tersebut telah dikurniakan seorang anak perempuan, Rose yang berusia tiga bulan.
Johansson yang pernah dilabel sebagai pelakon simbol seks Hollywood turut membintangi filem hit Girl with a Pearl Earring dan Lucy.
#Romain Dauriac #Scarlett Johansson