awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
Kerajaan galak lebih banyak Institusi Pendidikan Islam mendaftar
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Schwarzenegger kembali dalam 'Terminator 5'

AFP
AFP
24/01/2013
04:12 MYT
Schwarzenegger kembali dalam 'Terminator 5'
Arnold Schwarzenegger akan kembali dalam saga "Terminator" yang menaikkan nama beliau di persada seni antarabangsa pada tahun 1980-an.
Beliau mengumumkan ini dalam sidang akhbar di London tetapi tidak memberi butir-butir lanjut atas peranan wataknya dalam filem tersebut.
Schwarzenegger, yang kini sedang mempromosikan filem barunya "The Last Stand” oleh Kim Jee-Woon, telah bercakap mengenai beberapa projek filem seterusnya.
Kepulangannya ke “The Terminator” pertama kali diumumkan pada tahun 2011. Pada masa yang sama, Aktor tersebut juga akan kembali berlakon sebagai “Conan the Barbarian” dan berlakon dalam sekuel “Twins”, iaitu “Triplets”.
“Terminator" kelima ini sedang ditulis oleh Laeta Kalogridis ("Shutter Island") dan Patrick Lussier ("Hell Driver"). Pengarah untuk filem ini belum ditentukan, walaupun nama Justin Lin ("Fast and Furious") pernah diungkit bagi peranan tersebut.
Schwarzenegger menjadi bintang filem-filem aksi selepas kejayaan wataknya sebagai robot android dalam filem "Terminator" pertama pada tahun 1984.
Beliau turut berlakon dalam filem kedua dan ketiga tetapi tidak mengambil bahagian dalam episod keempat, yang keluar pada tahun 2009.
Topic Berkaitan
#Arnold Schwarzenegger
#Conan the Barbarian
#Terminator
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan