awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sean Combs rayu sabitan dan hukuman penjara 4 tahun

Bernama
Bernama
22/10/2025
05:15 MYT
Sean Combs rayu sabitan dan hukuman penjara 4 tahun
Sean "Diddy" Combs, merancang untuk merayu sabitan dan hukuman penjara atas jenayah seks, menurut peguamnya dalam satu surat kepada Hakim Arun Subramanian pada Selasa. - Gambar fail
NEW YORK: Mogul muzik Amerika Syarikat (AS), Sean "Diddy" Combs, merancang untuk merayu sabitan dan hukuman penjara atas jenayah seks, menurut peguamnya dalam satu surat kepada Hakim Arun Subramanian pada Selasa, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Rapper berusia 55 tahun itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun dan dua bulan pada awal Oktober selepas juri mendapati beliau bersalah terhadap dua pertuduhan pengangkutan untuk tujuan pelacuran.
Namun beliau dibebaskan daripada dakwaan yang lebih serius iaitu pemerdagangan manusia dan pengubahan wang haram, yang boleh membawa hukuman seumur hidup.
Pihak pendakwa mendakwa Combs menyalahgunakan, memaksa dan mengugut beberapa wanita selama beberapa tahun untuk memenuhi kehendak seksnya.
Semasa perbicaraan, beberapa saksi mendakwa mereka telah mengalami penderaan fizikal dan seksual selama bertahun-tahun.
Dilahirkan di Harlem pada 1969, Combs melonjak ke kemasyhuran global dengan hits seperti "I'll Be Missing You" dan "Bad Boy for Life."
Beliau berulang kali menafikan semua dakwaan dan mengaku tidak bersalah. Sejak penangkapannya di New York pada September 2024, beliau kekal dalam tahanan.
Selain kes jenayah di New York, beberapa saman sivil juga telah difailkan terhadapnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sean Diddy Combs
#kes Sean Combs
#jenayah seks
#pertuduhan pelacuran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan