awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Search, Kembara bakal gegarkan pentas Istana Budaya

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
01/11/2014
01:27 MYT
Search, Kembara bakal gegarkan pentas Istana Budaya
Search dan Kembara bakal mengubat kerinduan peminat pada dua bulan terakhir tahun ini. - Foto Fail
Konsert dua kumpulan lagenda negara iaitu Search dan Kembara bakal menggegarkan Istana Budaya pada dua bulan terakhir tahun ini.
Konsert 'Hati Emas Kembara' akan menemui peminat pada 21 sehingga 23 November ini manakala konsert 'Search: Live In Istana Budaya' akan berlangsung pada 4 sehingga 7 Disember ini.
Kembara yang dianggotai oleh Datuk M.Nasir (vokal), A.Ali (gitar/vokal), S.Sahlan (vokal), Zoul (gitar/vokal), Md Shah (keyboard) dan Cheman (Bass) bakal membawakan 18 lagu popular mereka seperti Hati Emas, Gerhana, Keroncong Untuk Ana dan banyak lagi.
kembara
Kembara
Kumpulan Kembara dianggotai oleh Datuk M.Nasir (vokal), A.Ali (gitar/vokal), S.Sahlan (vokal), Zoul (gitar/vokal), Md Shah (keyboard) dan Cheman (Bass) - Foto Fail
Pengasas kumpulan Kembara, M.Nasir berkata konsert ini merupakan hadiah kepada sokongan yang tidak henti dari peminat kepada mereka.
“Konsert ini diadakan bagi memberi peluang kepada peminat yang selama ini tidak putus-putus menyokong Kembara dan ini hadiah buat mereka dalam menyaksikan Kembara secara eksklusif di pentas Istana Budaya” katanya.
Konsert selama dua jam ini merupakan anjuran Luncai Emas Sdn Bhd dengan sokongan bersama Celcom Axiata Bhd.
Sementara itu, kumpulan rock nombor satu negara, Search berasa amat berbesar hati diberi peluang untuk mengadakan konsert di Istana Budaya.
“Ini persembahan pertama kami di Istana Budaya. Pastinya ia adalah konsert yang lain daripada yang lain.
“Ia persembahan yang menggabungkan muzik rock & roll dan slow rock yang memang sinonim dengan Search. Kami akan pastikan penonton yang hadir akan mengenang konsert ini sampai bila-bila,” kata vokalis Search, Amy.
Search
Search
Ini merupakan konsert pertama Search di Istana Budaya - Foto Fail
Selain Amy, Search yang dianggotai oleh gitaris Kid, Nordin (gitar), Nasir (bass), Yazit (dram), tidak akan sendirian pada malam konsert itu, sebaliknya mereka juga akan diiringi empat pemain cello dari kumpulan Paladin.
Konsert anjuran Urban Creative Synergy (UCS) Sdn Bhd ini juga bakal menyaksikan persembahan mantap daripada Search yang kali terakhir mengadakan konsert berskala besar di tanah air iaitu 'Konsert Fenomena 30 Tahun Search' tiga tahun lalu.
Tiket untuk dua konsert ini boleh didapati di www.ticket2u.biz dan www.ticketpro.com.my.
Topic Berkaitan
#Amy Search
#Istana Budaya
#kembara
#konsert
#M.Nasir
#search
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan