awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebab lahir anak ikut tingkap' - Nourul Depp jalani pembedahan buang abnormal cell

Gempak
Gempak
11/08/2019
00:00 MYT
'Sebab lahir anak ikut tingkap' - Nourul Depp jalani pembedahan buang abnormal cell
Nourul Depp mendedahkan bakal menjalani pembedahan bagi membuang 'abnormal cell' di bahagian serviks pada 14 Ogos ini.
PENYANYI Nourul Depp mendedahkan bakal menjalani pembedahan bagi membuang 'abnormal cell' di bahagian serviks pada 14 Ogos ini.
Menurut Nourul, pembedahan itu terpaksa dilakukan disebabkan anak bongsunya, Isabella Depp dilahirkan secara pembedahan.
"Saya baru balik dari hospital. Minggu depan saya perlu menjalani 'minor operation'.
"Hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. 'Abnormal cell' dekat serviks kena dibuang.
"Puncanya Isabella lahir keluar kut tingkap tapi takpa benda nak jadi," katanya menerusi Instagram TV.
Tambah penyanyi lagu Kerana Terluka itu, dia turut berpesan kepada kaum wanita untuk melakukan pemeriksaan 'pap smear' setiap tahun.
"Itulah jadi perempuan banyak perkara yang perlu dijaga. Jangan lupa lakukan pemeriksaan 'pap smear' iaitu ujian saringan bagi mengesan kanser serviks.
"Saya setiap tahun melakukan pemeriksaan, nasib baik boleh kesan awal. Kalau lama boleh menyebabkan kanser," katanya lagi.
Nourul mendirikan rumah tangga bersama usahawan Perancis, Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.
Sebelum itu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.
Topic Berkaitan
#abnormal cell
#Ayu Nazirah
#Eric Depp
#Isabella Depp
#Nourul Depp
#pap smear
#Serviks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan