'Sebentar' single terbaharu Dayang Nurfaizah

Asyraf Roslan
Jun 30, 2019 02:18 MYT
Dayang hadir dengan single terbaharu dengan genre yang agak berbeza menerusi lagu berjudul "Sebentar"- Gambar Instagram/DayangNurfaizah
JIKA sebut sahaja nama penyanyi kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah sudah pasti anda akan terfikirkan lagu balada yang menusuk jiwa.
Dan sudah pasti penyampaian Dayang pada setiap lagu baladanya akan meninggalkan kesan kepada peminat dan pendengar.
Namun kali ini, Dayang hadir dengan single terbaharu dengan genre yang agak berbeza menerusi lagu berjudul Sebentar.
Rata-rata peminat meminati lagu ciptaan Faizal Tahir dan Mike Chan kerana ia memberikan satu dimensi lain buat mereka yang ingin mendengarkan sesuatu yang berbeza daripada Dayang setelah sekian lama dengan lagu bergenre balada.
Sejak dilancarkan di laman YouTube Faithful Music, lagu tersebut sudah di dengari oleh lebih daripada 19 ribu pendengar.
#Dayang Nurfaizah #Faithful Music #Faizal Tahir #lagu baharu #Sebentar #Single #YouTube