awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sedarlah diri kamu Fazura ...'

Sinar Harian
Sinar Harian
06/08/2018
12:02 MYT
'Sedarlah diri kamu Fazura ...'
Menurut individu berkenaan, dia meminta Fazura mengingati suaminya, Fattah Amin dan tidak keluar dengan lelaki lain. - Foto Astro GEMPAK
KEMAJUAN teknologi masa kini secara tidak langsung memberi peluang kepada peminat untuk lebih mendekati selebriti kesayangan mereka.
Bahkan secara tidak langsung, mereka dapat mengikuti perkembangan artis kegemaran dan ada ketikanya berpeluang untuk berhubung dengan lebih rapat.
Namun kecanggihan ini juga mendedahkan golongan artis kepada bahaya apabila ada di antara peminat yang suka bersikap lebih kuah dari sudu.
Contohnya seperti yang dialami oleh pelakon berbakat besar, Fazura, baru-baru ini.
Menerusi ruangan komen Instagramnya, Fazura telah 'diserang' oleh seorang individu yang menggunakan akaun Instagram palsu dan menuduh Fazura keluar berdua-duaan dengan pereka fesyen, Rizman Ruzaini.
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sedarlah-diri-kamu-fazura-1.864783
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/sedarlah-diri-kamu-fazura-1.864783
Menurut individu berkenaan, dia meminta Fazura mengingati suaminya, Fattah Amin dan tidak keluar dengan lelaki lain.
"Fazura, u ingat kita tak tahu sekarang pukul 10.00, you dan rizman dating di Pavillion. Sedarlah diri kami Fazura, you dah ada suami tahu!!!! Tuhan tahu Fazura," tulisnya.
Tidak melatah dengan komen yang ditinggalkan, Fazura sempat membalas dan mengucapkan terima kasih kepada individu berkenaan.
"Of course la you tahu sebab you kan peminat setia I, sentiasa luangkan masa you focus dengan segala yang I buat. Terima kasih. I am so humbled.
"Suami saya seorang yang penyayang dan turut sayangkan sahabat-sahabat saya. Setiap kali dia busy bekerja dia akan suruh saya luangkan masa dengan kawan-kawan supaya mereka boleh temankan saya.
"Kalau awak nak join marilah. You can sit with us. Lot of love! Thanks you minat kat saya," balas Fazura.
Komen individu berkenaan mendapat perhatian pengikut Fazura yang lain. Bahkan kebanyakan peminat juga meminta Fazura lebih berhati-hati dengan individu psiko seperti itu.
Namun selepas menerima 'serangan' bertubi-tubi dari netizen, individu berkenaan memadamkan komen yang ditinggalkan tidak lama selepas itu.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Fazura
#Instagram
#netizen
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan