'See You Again', 'Despacito' gugat 'Gangnam Style' di YouTube

Madiha Abdullah
Julai 12, 2017 02:37 MYT
Takhta "See You Again" dijangka bakal digugat "Despacito" yang merekod 2.4 bilion tontonan dalam tempoh hanya lima bulan. -Youtube
ARTIS Korea Selatan, Psy, terpaksa melepaskan takhta sebagai pemilik video muzik dengan tontonan paling tinggi di YouTube selepas lima tahun mengunggulinya menerusi lagu "Gangnam Style".
Takhta itu kini dipegang lagu tema filem Furious 7, "See You Again" nyanyian Wiz Khalifa dan Charlie Puth.
"See You Again" ketika berita ini ditulis merekod 2,901,027,925 jumlah tontonan, mengatasi "Gangnam Style" dengan 2,894,426,475 tontonan.
Menerusi akaun Twitter, Puth yang juga penulis lagu berkenaan berkata kejayaan lagu itu seolah satu mimpi.
"Saya membuka akaun YouTube pada tahun 2007 dan berharap video saya akan dapat 10,000 tontonan," tulisnya.

For the record, I joined @YouTube in 2007 hoping to make a video that would reach 10,000 views. Just heard about See You Again...wow.

— Charlie Puth (@charlieputh) July 11, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun begitu, ramai yang menjangkakan "See You Again" tidak akan lama di tempat teratas memandangkan lagu Latin "Despacito" kini sedang mencatatkan kenaikan jumlah tontonan dengan pantas.
Baru lima bulan dimuat naik ke YouTube, lagu dendangan Luis Fonsi dan Daddy Yankee itu kini berada di tangga kelima senarai tontonan paling tinggi dengan 2.4 bilion tontonan.
Pemerhati meramalkan "Despacito" bakal memecah rekod sebagai lagu pertama mencapai tontonan 4 bilion, dalam masa tujuh bulan lagi.
#Charlie Puth #Daddy Yankee #despacito #Gangnam Style #Luis Fonsi #PSY #See You Again #Wiz Khalifa #YouTube