Sekali lafaz, Mawar Rashid sah bergelar isteri Raf Yaakob

Ian Johan Ariff
November 9, 2017 09:50 MYT
Pada majlis tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh. - Foto Astro GEMPAK
Dengan sekali lafaz, pelakon Mawar Rashid selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Raden Ahmad Faizal Yaakob.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah yang juga imam Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil kira-kira jam 3.20 petang hari ini.
Mawar dan Raden selamat diijab kabul dalam sebuah majlis yang cukup indah bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Pada majlis tersebut, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid telah memberi sembilan dulang hantaran berbalas tujuh.

Saya kini berada majlis akad nikah Raf Yaakob & Mawar Rashid di Royale Chulan KL. Dijadual mula 2:30pm #MawaRaf #MawarRashid #RafYaakob @501Awani pic.twitter.com/8NwC1fmslk

— Ian Johan Ariff (@Ian_AWANI) November 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tahniah Raf & Mawar! Semoga bahagia ke anak cucu. Percaya atau tidak Raf tengah rushing untukhttps://t.co/XJoTZlpAEx

— ian johan ariff (@ianjohanariff) November 9, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pihak lelaki juga memberikan mas kahwin berjumlah RM900.
Bagaimanapun, pasangan ini memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.
Majlis akad nikah yang bertemakan tradisional Jawa tu dimeriahkan dengan kehadiran lebih 500 tetamu.
Majlis resepsi pasangan mempelai ini akan berlangsung pada 1 Disember bertempat di Pusat Konvensyen Center Sime Darby di Kuala Lumpur.
Terdahulu, Raf, 32 tahun yang merupakan adik kepada penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley itu telah menghantar rombongan merisik bersama keluarganya untuk pihak Mawar pada 7 Mei lalu sebelum Raf berangkat ke London untuk bermain bola di Old Trafford di bawah Kelab Peminat Manchester United selaku Presiden MyManUtd FC.
#London #Manchester United #Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq #Mawar Rashid #Mohamad Azri Ahmad Kamil #Old Trafford #Pusat Konvensyen Center Sime Darby #Raden Ahmad Faizal Yaakob #Sime Darby #Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid