[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

"Sekarang berada di ICU..." - Pelakon Ku Faridah alami masalah jangkitan kuman

Gempak 20/03/2019 | 07:46 MYT
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya.
PELAKON senior, Ku Faridah telah dimasukkan ke dalam hospital selepas mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan darah.
Perkara itu dikongsikan oleh pelakon Sheila Mambo menerusi entri terbaharu Instagram (IG) miliknya.
"Assalamualaikum. Doakan buat Ku Faridah binti Ku Shafie.
"Sekarang berada di ICU, keadaan sangat lemah, due to beberapa penyakit, jangkitan kuman dalam paru, dalam darah.
"Semoga Allah mengangkat segala dosa-dosanya sebab sakit yang ditanggung. Ampunkan dosa mak. SubhanAllah. Syafakillah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui terkejut dengan perkongsian yang dilakukan oleh Sheila dan mendoakan agar Ku Faridah segera sembuh daripada masalah penyakit yang dialaminya itu.
#Hospital #ICU #Instagram #jangkitan kuman #Ku Faridah #pelakon #Sheila Mambo