Sekuel Avengers bertajuk 'Age of Ultron'

Astro Awani
Julai 23, 2013 01:08 MYT
Pengarah "The Avengers", Joss Whedon mengejutkan para pengunjung di comic-con dengan mengumumkan tajuk untuk sekuelnya.
Filem kedua adiwira popular itu dinamakan "Avengers: Age of Ultron".
Filem sambungan itu mengekalkan pelakon seperti Robert Downey Junior, Mark Ruffalo, Chris Hemsworth, Scarlett Johansson dan Jeremy Renner.
Whedon yang turut bertindak sebagai penulis mengumumkan judul itu dengan menayangkan sedutan pendek.
Selain itu trailer tersebut memaparkan visual watak antagonis sekuel ini yang bernama ultron.
Whedon menjelaskan sekuel ini bakal menemui peminat pada mei 2015.
#Age Of Ultron #Avengers #Chris Hemsworth #Jeremy Renner #Mark Ruffalo #rober downey junior #Scarlett Johansson