SEKUEL filem The Devil Wears Prada dilaporkan sedang dalam perancangan untuk diterbitkan.
Pelakon ternama Hollywood, Meryl Streep masih berada daam senarai untuk kembali memikul peranannya sebagai Miranda Priestly iaitu editor majalah fesyen berpengaruh susulan kepada filem asal yang pernah ditayangkan pada 2006, lapor Puck News.
Bagaimanapun, laporan itu menyebut, masih belum diketahui sama ada aktres Anne Hathaway akan kembali ke berlakon dan memegang watak Andy Sachs dalam filem terbitan Disney itu.
Sementara, pelakon Emily Blunt pula difahamkan sedang dalam perbincangan untuk kembali sebagai Emily Charlton.
Menurut laporan Variety, penulis skrip The Devil Wears Prada, Aline Brosh McKenna juga sedang berbincang untuk kembali dan menulis naskhah sekuel itu.
Sehingga kini, Disney masih belum membuat pengumuman rasmi.
Laporan awal menunjukkan filem itu akan mengisahkan Priestly menentang bekas rakan sekerjanya, Charlton yang menjawat jawatan sebagai eksekutif tertinggi di syarikat penerbitan majalah itu.
Naskhah asal The Devil Wears Prada diterbitkan berdasarkan buku paling laris jualannya oleh pengarang Lauren Weisberger.
Khabar penerbitan filem sekuel itu bertebaran hanya beberapa bulan selepas Hathaway dilihat seakan memperkecilkan idea berkenaan.
Kata Hathaway dalam saluran berita hiburan E! News: "Saya tidak fikir sambungan cerita itu mungkin akan berlaku."
Pelakon itu mengakui dia "suka" melihat ketiga-tiga mereka kembali bersatu dengan pengarah David Frankel, namun, baginya, The Devil Wears Prada harus dibiarkan pada kedudukan asal.
Kata Hathaway: "Hakikatnya ialah, dengan mana-mana filem, apa yang boleh kita lakukan ialah membuatnya.”
"Sebab filem itu begitu istimewa adalah kerana kami berada dalam satu pasukan dan kami melakukan kerja itu… dan sebenarnya juga adalah kerana kecintaan yang dicurahkan oleh semua orang pada filem itu.
"Justeru, mari kita kekalkan perkara yang kita semua bersetuju dengan penuh kasih sayang."
Dalam The Devil Wears Prada, Hathaway memegang karakter Sachs iaitu pembantu peribadi Priestly. - Agensi
Agensi
Thu Jul 11 2024
Sekuel filem The Devil Wears Prada dilaporkan sedang dalam perancangan untuk diterbitkan. Bagaimanapun, syarikat produksi Disney masih belum membuat sebarang pengumuman. - Gambar media sosial
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sekuel The Devil Wears Prada bakal diterbitkan?
Meryl Streep, Emily Blunt dan penulis skrip Aline Brosh McKenna dilaporkan dalam perbincangan untuk kembali ke lokasi filem itu.