awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
19/05/2022
14:51 MYT
'Selalu rancang, akhirnya jadi kenyataan' - Konsert bersama Anuar dan Ziana Zain Ogos depan
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Ogos ini.
KUALA LUMPUR: Bertahun menanti, akhirnya hasrat peminat tempatan untuk menyaksikan kolaborasi mega dua beradik, Anuar Zain dan Ziana Zain, bakal direalisasikan.
Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur akan menjadi pentas pertama untuk peminat di Malaysia menyaksikan mereka bergandingan dalam sebuah konsert berskala besar.
Biarpun pernah bergandingan untuk satu konsert di Singapura, Anuar menyifatkan peluang menjayakan konsert bersama kali ini hadir pada masa yang tepat.
"Perancangan sudah lama ada, peminat juga selalu bertanya tetapi sebagai manusia kami hanya merancang, tuhan menentukan.
"Aturan Allah itu yang terbaik, hari ini akhirnya kami umumkan kepada semua, konsert ini akan berlangsung Ogos depan," kata pelantun 'Sedetik Lebih' itu ketika ditemui selepas sidang media di ibu negara, hari ini.
Bagi Ziana pula, konsert ini adalah peluang keemasan yang sudah lama dinantikannya.
"Kata orang kalau selalu berdoa, lebih 44 kali ia akan jadi kenyataan. Saya sangat bersyukur, ini memang satu peluang yang sangat berharga, bukan selalu adik-beradik dapat beraksi sepentas dalam konsert yang besar," kata penyanyi bersuara lantang itu.
Dengan senarai panjang lagu hit malar segar dimiliki kedua-duanya, Anuar dan Ziana menjanjikan persembahan terbaik dan 'mimpi indah' buat penonton.
Bakal berlangsung selama 90 minit, kedua-dua penghibur bersuara emas ini bakal mempersembahkan lagu-lagu popular yang menjulang nama mereka dalam persada seni tempatan.
Konsert anjuran Trumpet International Sdn Bhd ini akan berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada 6 Ogos depan.
Tiket-tiket berharga dari RM288 sehingga RM1,188 sudah boleh dibeli bermula hari ini dengan melayari laman web www.excitix.com.my
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#Ziana Zain
#konsert
#Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan