HIBURAN
'Selamat datang kepada Islam' - Teman wanita Ben Amir peluk Islam
Ben Amir berkongsi khabar gembira teman wanita kini sudah sah memeluk agama Islam. - Foto Sinar Harian
PELAKON Ben Amir berkongsi khabar gembira teman wanita kini sudah sah memeluk agama Islam.
Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 35, berkongsi momen bermakna ketika wanita itu melafazkan dua kalimah syahadah di Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Dalam masa yang sama, Ben sempat meluahkan rasa syukur dan menitipkan pesanan buat teman istimewanya itu.
"Selamat datang kepada Islam.
"Ambillah masa untuk mengenalinya perlahan-lahan, hayati keindahannya dan ingatlah bahawa kamu tidak pernah bersendirian.
"Semoga kasih dan rahmat Allah sentiasa melindungimu. Moga perjalanan ini mendekatkanmu kepada ketenangan, tujuan hidup dan diri sebenar yang penuh makna," kongsinya.
Warganet dan rakan selebriti mengucapkan syukur dan tahniah serta mendoakan agar perjalanan penghijrahan dipermudahkan.
Tidak kurang yang mengatakan ia selangkah ke arah gerbang perkahwinan mereka berdua.
"Alhamdulillah! One step closer Ben."
"Masya-Allah, semoga Allah melimpahkan keberkahan dan menaburkan kasih sayang dalam perjalanan ini."
"Alhamdullilah.Besar pahala membawa saudara baru ke jalan yg benar..aminnn."
Sebelum itu, Ben pernah berkongsi berkenalan dengan seorang wanita Filipina dan dalam fasa mengenali hati budi seorang wanita Filipina.
Pelakon drama Sweet Dreams terdahulu berkongsi berpindah ke Pulau Siargao, Filipina sejak April lalu dan membuka sebuah restoran halal iaitu Rasa Siargao yang mengetengahkan masakan Malaysia. - SinarPlus/Sinar Harian