[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
ENTERTAINMENT

Selamat hari lahir cinta hatiku... - Ucapan romantik Rody Kristal buat Niena Azman

Gempak 13/10/2017 | 08:25 MYT
Rody (kanan) baru sahaja menyambut hari lahir teman wanitanya, Niena Azman.
GITARIS kumpulan Kristal, Rody baru sahaja menyambut hari lahir teman wanitanya, penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan, Niena Azman.
Menerusi entri terbaru Rody di akaun Instagramnya, dia memuat naik satu video pendek yang merakamkan foto-foto sweet bersama Niena.
Entri tersebut juga turut disertakan dengan ucapan hari jadi buat teman wanita kesayangannya beserta hashtag #kisahkita #doakankami

Selamat hari jadi cinta hatiku @niena_azmann ! Moga sihat slalu.. di limpahi rezeki dan di berkati Allah.. sentiasa menyokong i.. sebab ape i jatuh hati kat u.. sebab u sentiasa memahami i.. menyokong i walaupun u tau i anak emak anak ayah.. i anak sulong..

#kristal #Niena Azman #penjaga gol #Rody