"Selamat tinggal politik, dari saat ini saya...' - Aishah

Gempak
Julai 2, 2018 15:11 MYT
Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu sebelum ini pernah bergiat aktif dalam bidang politik dengan menjadi ahli PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan. - Teks oleh: Syafiqah Jalal
PENYANYI Aishah memberitahu dia kini sudah meninggalkan bidang politik demi memberi fokus kepada bidang seni.
Aishah menerusi akaun Instagram (IG) miliknya berkata dia kini bakal menjadi pemerhati serta pengundi sahaja sama seperti orang lain.
“Dulu bermula dari bidang seni sekarang kembali fokus kepada bidang ini.
“Selamat tinggal politik, dari saat ini saya seperti orang lain menjadi pemerhati dan pengundi sahaja,” tulisnya.
Entri tersebut turut mendapat perhatian netizen dan pengikut laman sosialnya yang rata-rata menyokong pendirian dan keputusannya.
Malah ramai yang tidak sabar menanti lagu baharu penyanyi tersebut.
Juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) itu sebelum ini pernah bergiat aktif dalam bidang politik dengan menjadi ahli PAS, Parti Amanah Negara (PAN) dan Pakatan Harapan.
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Aishah #Gegar Vaganza #Instagram #Pakatan Harapan #PAN #Parti Amanah Negara #penyanyi #politik