BAGI mereka yang meminati DC Comics, hari ini sangat bermakna buat satu watak adi wiranya yang cukup popular.

Superhero Batman atau juga dikenali sebagai Caped Crusader dan The Dark Knight menyambut ulang tahun ke-80.

Selama lapan dekad, Batman bukan semata-mata ikon komik aksi, malah ia turut diminati melalui penampilan siri television dan juga filem.

Menurut laporan media antarabangsa, sempena sambutan hari lahir Batman, DC Comics akan memaparkan panel khas "Selamat Ulang Tahun Batman" di Wondercon iaitu pameran kebudayaan pop di Anaheim pada Sabtu.

Bukan itu sahaja, di sana mereka juga bakal mengadakan satu acara "Tie-in Batman" semasa Konvensyen Komik Antarabangsa pada Julai di San Diego dan juga Hari Batman di seluruh dunia yang akan diadakan pada 21 September.

Apa yang menariknya, pada hari tersebut, mereka akan menyalakan isyarat Batman di langit, sepertimana yang sering anda lihat di filem mahupun siri animasi.

Bertahun lamanya, dunia fiksyen Batman diserikan dengan kehadiran watak ikonik yang tidak mungkin dilupakan.

Daripada watak penjahat seperti The Joker dan Bane, sehingga kepada rakan-rakan wiranya iaitu Catwoman dan Robin termasuk butler Alfred Pennyworth yang merupakan antara watak penting dalam siri Batman.

Jadi buat semua peminat Batman, ini adalah masa untuk anda raikan the man, the bat, the legend.

Selamat menyambut ulang tahun ke-80, Batman!