ENTERTAINMENT
Selebriti ucap tahniah atas kemenangan Pakatan Harapan
Beberapa selebriti turut menyiarkan semula foto bersama Tun Mahathir, diiringi ucapan tahniah atas kemenangan PH. Foto: - Instagram/@hairulazreen
KEMENANGAN Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 hingga mampu membentuk kerajaan dengan sokongan daripada Parti Warisan Sabah, melakar sejarah tersendiri.
Susulan kemenangan bersejarah itu, golongan selebriti turut menyertai orang ramai untuk meluahkan rasa teruja dan berbangga atas kemenangan tersebut.
Semua ucapan tahniah dan gembira mereka terpusat pada seorang tokoh yang dianggap 'legenda' dan wira yang membentuk masa depan negara, iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Antara selebriti tanah air yang berkongsikan tanda penghargaan tersebut adalah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Afdlin Shauki, Sharnaaz Ahmad dan Rozita Che Wan.
Malah, ada juga selebriti yang turut berkongsi foto bersama Mahathir dengan ucapan tahniah atas kemenangan PH.
Antaranya, Fathia yang pernah lantang bersuara tentang pandangan politik turut berkongsikan foto bersama Pengerusi Pakatan Harapan menerusi posting di Instagram.
BACA: 'Tiada kekeliruan, Pakatan Harapan miliki majoriti mudah untuk bentuk kerajaan' - Tun M

#Mahathir Mohamad
#Malaysia Memilih
#Pakatan Harapan
#Pilihan Malaysia
#pilihan raya umum
#PRU14
#Siti Nurhaliza