HIBURAN

Selena Gomez kahwini penerbit Benny Blanco

Agensi 28/09/2025 | 06:51 MYT
Gomez mengumumkan berita gembira itu dengan berkongsi gambar Polaroid dan klip video pendek dari perkahwinan itu di Instagram. - Foto Instagram Selena Gomez
PELAKON dan penyanyi Selena Gomez mengahwini penerbit Benny Blanco dalam majlis yang berlangsung di California, Amerika Syarikat pada Sabtu.


Ringkasan AI
  • Selena Gomez berkahwin dengan Benny Blanco pada 27 September 2025 dalam majlis tertutup di California, dihadiri 170 tetamu termasuk Taylor Swift dan Ed Sheeran.
  • Pasangan ini mula menjalin hubungan pada 2023 dan bertunang pada Disember 2024, selepas lama bekerjasama dalam projek muzik sejak 2015.
  • Mereka turut melancarkan album kolaboratif pertama berjudul I Said I Love You First pada Mac lalu, dan mengenakan pakaian daripada jenama Ralph Lauren semasa majlis perkahwinan.


Gomez mengumumkan berita gembira itu dengan berkongsi gambar Polaroid dan klip video pendek dari perkahwinan itu di Instagram, dengan kapsyen ringkas bertulis tarikh "9.27.25".

Antara 170 tetamu yang hadir di majlis itu ialah bintang pop dan sahabat baik Gomez, Taylor Swift, penyanyi dan penulis lagu British, Ed Sheeran, sosialit Paris Hilton, dan bintang ‘Only Murders’, Steve Martin dan Martin Short.

Majalah fesyen Vogue melaporkan bahawa pasangan itu mengenakan pakaian daripada Ralph Lauren.

Blanco, 37, dan Gomez, 33, sudah saling mengenali sejak 2015, apabila mereka bekerjasama dalam beberapa projek termasuk single Gomez, ‘Same Old Love’ dan ‘Kill Em with Kindness’. Namun hubungan mereka hanya bermula pada 2023.

Pasangan itu mengumumkan pertunangan pada Disember 2024.

Mereka menerbitkan album kolaboratif pertama berjudul 'I Said I Love You First', Mac lalu.






#Selena Gomez #Benny Blanco #kahwin #penyanyi