awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2024
07:08 MYT
Selepas 16 tahun, Onew bakal ke Malaysia 27 Julai
Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, juga akan mengadakan konsert perdananya di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2024 dalam pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia.
PENGLIBATAN penyanyi ini dalam industri hiburan Korea sudah mencecah usia 16 tahun, namun, belum sekalipun dia berpeluang membuat kemunculan ke Malaysia, sedangkan pencinta-pencintanya sudah lama mendambakan kesempatan itu.
Justeru, bagi memastikan keinginan itu sebagai realiti, Onew sudah mengesahkan kehadirannya secara solo ke negara ini pada Julai depan.
Onew atau nama sebenarnya, Lee Jinki, 35, juga akan mengadakan konsert perdananya di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 27 Julai 2024 dalam pementasan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia.
Syarikat MND Sport & Event Sdn Bhd & JS Concert yang menerbangkan beliau ke sini sangat teruja dengan persetujuan Onew itu.
"Kami berbangga memperkenalkan Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia yang akan berlangsung di Stadium Malawati pada 27 Julai 2024 sebagai acara yang tidak akan dilupakan oleh semua peminat tentang pertemuan utama ini.
"Sebagaimana terujanya peminat untuk beramah mesra dan bertemu Onew buat kali pertama di Malaysia, kami sebagai penganjur akan memastikan bahawa Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia memenuhi jangkaan 'temu janji pertama' anda dengan sepenuh hati," kata Harith Daniel dari MND Sport & Event Sdn Bhd.
Penghibur itu turut meninggalkan mesej ringkas untuk semua peminatnya di Malaysia: "Jumpa anda di Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia. Ada kejutan menanti anda dan saya tidak sabar untuk bertemu anda."
Dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai sejak debutnya pada tahun 2008, MND Sport & Event Sdn Bhd juga optimis Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia akan mendapat sambutan luar biasa daripada peminat yang telah lama menunggu kehadiran solo Onew di negara ini.
Tiket dengan kategori dan harga (CAT 3 - RM258), (CAT 2 - RM358), (CAT 1 - RM558), (SEAT - RM858) & (VIP SOUNDCHECK - RM988) boleh didapati melalui www.myticket.asia.
Oleh itu, jangan ketinggalan pertemuan penuh sejarah dengan idola anda, Onew melalui Guess! Onew Fanmeeting 2024 In Malaysia di Stadium Shah Alam pada 27 Julai 2024.
Topic Berkaitan
#Onew
#Onew ke Malaysia
#penyanyi Korea
#Onew Fanmeeting 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan