Selepas konsert '25', Adele bakal berehat selama 5 tahun?

Syafique Shuib
Mac 26, 2016 13:22 MYT
Adele dikhabarkan mahu fokus kepada keluarganya setelah selesai siri jelajah konsert bagi mempromosikan album 25.
KEPADA peminat Adele, harap jangan kecewa!
Ini kerana penyanyi yang mencipta fenomena pada tahun 2011 dengan lagu ‘Someone Like You’ dan terbaru "Hello" ‘When We Were Young’ dilaporkan akan berehat selama lima tahun.
Memetik laporan The Daily Mail, Adele dikhabarkan penyanyi itu mahu memfokuskan dirinya dengan keluarga setelah selesai siri jelajah konsert bagi mempromosikan album ‘25’.
Setakat ini beliau telah membuat sebanyak 105 persembahan di Eropah dan Amerika.
BACA: Adele ajak remaja autisme berduet ketika konsert
Siri jelajah konsert Adele bakal berakhir pada November 2016, iaitu setahun selepas pelancaran album '25'.
Album '25' menjadi album pertama di Amerika Syarikat yang terjual melebihi tiga juta unit dalam tempoh seminggu.
VIDEO: Album '25' Adele terjual 2.3 juta salinan dalam 3 hari
BACA: Adele catat 12 rekod sepanjang tahun 2015
Sebelum melancarkan album itu, beliau berehat selama tiga tahun untuk fokus kepada anaknya, Angelo James Konecki.
#25 #Adele