Selepas Munafik 2, Syamsul Yusof bakal muncul dengan filem seram baharu

Gempak
Oktober 26, 2023 09:20 MYT
Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw. -Gempak
WALAUPUN namanya hangat diperkatakan kerana isu rumah tangganya, namun perkara itu tidak menghalang pengarah, Syamsul Yusof untuk terus menghasilkan naskhah terbaik.
Terbaharu, menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya, Syamsul memaklumkan dia kini dalam proses membuat skrip untuk filem seram terbaharu bersama Astro Shaw.
Menurut Syamsul, itu merupakan karya keempatnya selepas Khurafat, Munafik, dan Munafik 2.
Namun bagaimanapun, Syamsul tidak mendedahkan lebih lanjut mengenai perkara itu.
Terdahulu, antara karya Syamsul yang berjaya mencatatkan sejarah sebelum ini adalah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dengan kutipan panggung RM97 juta di pawagam tahun lalu.
Untuk info, Munafik sebelum ini berjaya meraih kutipan sebanyak RM17.04 juta (2016) manakala Munafik 2 pula mencecah sehingga RM37.78 juta (2018). -Gempak
#Syamsul Yusof #filem seram terbaharu #Astro Shaw #munafik