Selepas setahun bergelar Muslim, Michael Ang buat pengakuan

Astro Awani
April 30, 2019 07:29 MYT
Pendedahan itu dibuat di Instagram peribadinya hari ini. - Instagram/Michael Ang
Pengarah terkenal, Michael Ang mengaku sudah memeluk agama Islam sejak setahun yang lalu.
Pendedahan itu dibuatnya di Instagram peribadinya hari ini.
Berita gembira itu disambut penuh kesyukuran oleh peminat dan juga netizen.
'Assalammualaikum. Saya budak baru, kalau ada salah tolong tegur. Doakanlah yang baik-baik. Maaf kalau saya rahsiakan ini dah lebih dari setahun," kata Michael dalam entrinya itu.
Ketika dihubungi, Michael berkata dia masih menggunakan nama Michael Ang.
"Terima kasih atas sokongan kamu," katanya ringkas.
#filem #Instagram #Islam #karier #media sosial #Michael Ang #peluk islam #pengarah #selebriti