[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Bebas dalam Kes SRC RM27 Juta – Ikuti Perkembangan di Sini
ENTERTAINMENT

Semakin kurus, Oprah Winfrey tampil imej baru untuk majalah 'O'

Syafique Shuib 11/03/2016 | 08:20 MYT
Jurucakap dan pemegang saham syarikat pemakanan seimbang Weight Watchers tampil bersama sembilan wanita lain untuk isu khas tentang badan dan kesihatan.
SETELAH berjaya menurunkan berat badan, pengacara antarabangsa terkenal Oprah Winfrey tampil penuh keyakinan sebagai penghias muka depan majalah miliknya O.
Jurucakap dan pemegang saham syarikat pemakanan seimbang Weight Watchers itu buat pertama kalinya tampil di muka hadapan majalah O bersama sembilan wanita lain untuk isu khas tentang badan dan kesihatan.
Winfrey dilaporkan berjaya turun sebanyak 26 pound (11.8kg) setakat Januari.
“Dengan usia, anda akan lebih memahami dan fokus kepada aset paling penting anda iaitu kesihatan anda.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Sekarang ini, tiada lagi keinginan saya untuk menjadi kurus selain daripada mendapat bentuk badan dan kehidupan yang terbaik untuk saya,” kata Winfrey dalam majalah O.
Saham Weight Watchers turun naik setelah pengumuman dibuat bahawa Winfrey menjadi jurucakap syarikat itu pada Oktober.
Pada Januari, saham Weight Watchers naik AS$2 (RM8.50) dalam satu catatat tweet Winfrey yang berkata beliau berjaya turun berat badan dengan hanya menikmati roti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Beberapa media antarabangsa menjangkakan saham Weight Watchers akan naik semula susulan penerbitan majalah O edisi terbaru ini.
#imej #Oprah Winfrey #Weight Watchers