SEBAGAI seorang kenalan, tiada apa yang paling utama bagi penyanyi legenda dunia, Cher selain daripada meluangkan masa menemani Tina Turner ketika sahabatnya itu sedang berjuang untuk meneruskan hidup akibat penyakit yang dideritainya.
Mendedahkan pengalaman menghabiskan masa bersama mendiang Turner yang meninggal dunia pada Rabu, Cher berkata, apa yang dikaguminya mengenai rakan seperjuangannya itu ialah beliau memiliki semangat yang cukup kuat dalam mengharungi penderitaan itu.
"Beliau telah berjuang melawan penyakit ini untuk waktu yang lama dan beliau begitu kuat seperti yang anda bayangkan.
"Dan pada penghujungnya, dia memberitahu saya yang dia benar-benar sudah bersedia. Dia tidak mamapu untuk bertahan lagi (menahan sakit)," kata Cher dalam wawancara bersama saluran berita MSNBC.
Walaupun tidak menyebut penyakit yang dideritai oleh Turner, namun, Cher berkongsi terdapat mesin dialisis di rumah mendiang penyanyi tersohor dunia itu ketika mengunjunginya.
Menurut Cher lagi, Turner sangat gembira menerima kunjungan daripada sahabat-sahabatnya.
"Saya mula menziarahinya kerana saya fikir saya perlu meluangkan waktu ini untuk persahabatan kami, supaya dia tahu kami tidak melupakannya,'" kenang Cher.
"Justeru kami semua bergilir pergi dan menghabiskan waktu bersamanya dan itu membuatnya gembira.”
Bahkan, dalam pertemuan itu, Cher mendedahkan dia dan mendiang Turner sering ketawa.
“Dia (Turner) meluangkan masa yang sangat istimewa (ketika bersama rakan-rakan) di sebalik hakikat dia benar-benar sakit dan tidak mahu orang lain mengetahui kesakitannya itu,” jelas Cher.
Cher turut berkongsi dia mengenali Turner sejak sahabatnya itu berkahwin dengan Ike Turner.
Pada pertemuan terakhir ketika mengunjungi Turner di kediamannya di Switzerland, Cher pulang beserta hadiah istimewa diberikan oleh sahabatnya itu.
"Beliau beri saya sepasang kasut pada pertemuan terakhir kami,” kata Cher.
"Kasut jenis apa?” tanya penyampai berita.
“Kasut Tina Turner!" jawab Cher pula.
Pada Rabyu, Turner yang juga bintang rock and roll dunia menghembuskan nafas terakhir pada usia 83 tahun di kediamanya di Zurich, Switzerland.
Penyanyi veteran malar segar itu yang sangat terkenal menerusi lahi What’s Love Got To Do With It itu telah menjadi warganegara Switzerland sejak sedekad lalu.
Turner dilahirkan sebagai Anna Mae Bullock di Tennessee, Amerika Syarikat (AS) dan menghabiskan tahun-tahun terakhirnya di ladang seluas 260,000 kaki persegi di Tasik Zurich.
Turner mencapai status kegemilangan pada usia 40-an apabila kekal dalam undian konsert teratas ketika itu.
Semasa hayatnya, Turner berjaya menjual 150 juta album di seluruh dunia, memenangi 12 anugerah Grammy dan telah diberi penghormatan di Kennedy Centre pada tahun 2005.
Penyanyi itu pernah mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan kisah rumah tangganya dengan bekas suami Ike Turner akibat penderaan fizikal dan mental sehingga mengakibatkan muflis.
Turner bagaimanapun berjaya bangkit semula dan mencapai kejayaan walaupun sudah meningkat usia.
Agensi
Thu May 25 2023

Mendiang Tina Turner (kiri) dan Cher dikenali ramai sebagai rakan artis yang sangat akrab.

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

China, Amerika Latin bersama rancakkan pembinaan BRI
China dan Argentina memeterai rancangan kerjasama untuk mendorong pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) pada 3 Jun lalu, ketika kunjungan Menteri Ekonomi Argentina, Sergio Tomas Massa ke Beijing.

AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.

Lionel Messi umum sertai Inter Miami
Keputusan itu sekali gus mengesahkan Messi menolak tawaran lumayan dari sebuah kelab di Arab Saudi.

Boeing kesan kecacatan baharu pesawat 787 Dreamliner
Pembuat pesawat Amerika Syarikat (AS) Boeing pada Rabu mengenal pasti kecacatan baharu pada jet 787 Dreamliner keluarannya.

Lawak melampau: Singapura mohon maaf, Jocelyn Chia bukan lagi warganegara
Kerajaan Singapura tidak boleh menerima kata-kata atau tindakan yang boleh mencetus kemudaratan atau menyinggung perasaan orang lain.

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

"Semangat Tina Turner sangat kuat, dia berjuang hingga ke akhir hayat" - Cher
Cher luang masa bersama mendiang Tina Turner di saat-saat terakhir hayat sahabatnya itu.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Dianiaya sebelum bergelar lagenda ternama, Tina Turner dalam kenangan
Bintang lagenda, Tina Turner yang cukup terkenal dengan lagu-lagu "The Best" dan "What's Love Got to Do With It" meninggal dunia pada usia 83 tahun.

Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun
Turner meninggal dunia pada Selasa kerana sakit berpanjangan di rumahnya di Kusnacht dekat Zurich, Switzerland.

Ulang tahun ke-30: Lagu 'We Are The World' terus jadi inspirasi
Lagu 'We are the world' yang membawa mesej perpaduan terus kekal relevan sehingga hari ini - 30 tahun selepas ia dirakam.

Tina Turner mohon jadi rakyat Switzerland
Hampir 20 tahun menetap di Switzerland, Tina Turner akhirnya bakal diberi status kewarganegaraan.