Anugerah MeleTOP Era 2015 mempertandingkan 18 kategori termasuklah empat kategori baharu iaitu ‘Drama TV MeleTOP’, ‘Hos TV MeleTOP’, ‘Artis Lawak MeleTOP’ dan ‘Pelakon TV MeleTOP’.

Manakala dua kategori iaitu ‘Top Top MeleTOP (lelaki) dan Top Top MeleTOP (wanita) dipilih berdasarkan selebriti lelaki dan wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon lima terbaik.

AME 2015 akan menampilkan lima pengacara iaitu Zizan Razak, Neelofa, AC Mizal, Nabil Ahmad serta Johan.

Manakala, pelawak Johan Muse, Dahlia Shazwan serta penyampai ERA Fm iaitu Haniff dan Ray pula akan menjayakan Hos Karpet Merah MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Anugerah ini juga memberi kuasa sepenuhnya kepada para peminat untuk mengundi melalui laman web khas yang diperkenalkan.

Bertemakan “Yang Hit, Yang Legend”, AME akan berlangsung pada 22 Februari ini dari Stadium Putra Bukit Jalil, jam 9 malam.

Siaran ini boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705) serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go.

Senarai penuh pencalonan AME 2015:

ARTIS BAHARU MELETOP

ARTIS LAWAK MALETOP

BINTANG FILEM MELETOP

COUPLE MELETOP

DRAMA TV MELETOP

FILEM MELETOP

GRUP/DUO MELETOP

HOS TV MELETOP

LAGU MELETOP ERA

PELAKON TV MELETOP TV MELETOP

PENYAMPAI RADIO MELETOP

PENYANYI MELETOP

PROGRAM RADIO MELETOP

PROGRAM TV MELETOP

BINTANG ONLINE MELETOP