ENTERTAINMENT
Sengketa Nabila Huda dan ibu tiri: “Saya cuma ada seorang emak”
Nabila Huda enggan lagi berselindung dan mengakui sedang bersengketa dengan ibu tirinya.
PELAKON terkenal, Nabila Huda enggan lagi berselindung dan mengakui sedang bersengketa dengan ibu tirinya.
Nabila mendakwa, wanita terbabit menjadi punca kepada tercetusnya konflik hubungan bersama bapa yang juga penyanyi legenda, Datuk Amy Search sejak bertahun-tahun lamanya.
Nabila menjelaskan, dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan bapa, malah hubungan sesama mereka masih baik.
“Orang ingat saya asyik bergaduh dengan papa sahaja tak habis-habis. Kami sentiasa okey dan tiada pergaduhan besar. Cuma, masalahnya ‘si polan’ (ibu tiri) itu.
“Saya cuma ada seorang emak dan dia adalah cinta pertama papa saya, Suhaimi bin Abdul Rahman.
“Mungkin saya boleh panggil dia (ibu tiri) perempuan itu. Segala apa yang berlaku, apa saya boleh cakap ‘perempuan itu’,” jelasnya.
Nabila berkata demikian ketika ditemui pada malam gala dan tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Gayong di GSC Midvalley Megamall pada Selasa.
Amaran pada ibu tiri
Dalam pada itu, Nabila memberi amaran kepada ibu tirinya untuk berhenti melakukan sebarang perkara yang akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Saya tahu semua rahsia awak. Saya tahu semua yang berlaku dan ada segala-galanya,” tegasnya.
Dalam masa sama, kata Nabila, peluang untuk memperbetulkan keadaan masih terbuka, selain menyeru ibu tirinya membuang segala sikap negatif kerana apa dimahukan adalah kasih sayang seorang bapa.
“Awak jangan risau, saya memang tiada niat untuk merampas harta papa (Amy) saya. Saya berdiri dengan diri sendiri dan tak perlukan semua itu.
“Saya cuma perlu untuk menumpang kasih seorang ayah sahaja. Kenapa susah untuk awak terima, berhentilah untuk cemburu, buanglah sikap busuk hati, kita ini hidup sementara sahaja.
“Sebelum apa-apa yang berlaku, lebih baik hentikan sebelum lebih ramai siasat siapa diri awak yang sebenar. Siapa makan cili, dia terasa pedas,” ujarnya.
Sebelum ini, perkongsian Nabila yang memaparkan dia bertemu dan memeluk Amy, sambil kedua-duanya menitiskan air mata meruntun hati netizen.
Turut dimuat naik Nabila adalah video dirinya mencurahkan perasaan rindu terhadap Amy selepas kira-kira setahun tidak berjumpa melalui panggilan telefon ketika bapanya itu menjadi tetamu di sebuah radio. - Gempak