KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) menyangkal kenyataan pelakon Datuk Fizz Fairuz bahawa mereka tidak berbuat apa-apa bagi membantu ahlinya yang menghadapi kemalangan ketika bekerja.
Ia susulan insiden membabitkan pelakon Fasha Sandha yang tercedera akibat terhentak bucu katil ketika menjalani penggambaran sebuah drama di Johor, baru-baru ini.
Menurut Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah, sebaliknya pelbagai inisiatif telah dilakukan persatuan itu bagi membela kebajikan artis yang bernaung dibawahnya.
"Berikutan insiden yang berlaku terhadap pelakon Fasha Sandha semasa menjalankan penggambaran di Johor Bahru semalam pihak Seniman sedia maklum dengan isu tersebut.
"Seniman berterima kasih kepada Datuk Fizz Fairuz yang memberikan kenyataan di saluran Instagram beliau berkenaan dengan isu ini. Beliau juga ada memberikan gambaran bahawa Seniman selama ini tidak berbuat apa-apa untuk ahli-ahli Seniman.
"Seniman ingin memaklumkan kepada beliau bahawa selama ini banyak inisiatif-inisiatif dan dasar yang Seniman lakukan untuk ahli-ahli Seniman. Malangnya berkemungkinan beliau sendiri tidak pernah untuk mengambil tahu apa yang dilakukan oleh Seniman," jelasnya, dalam satu kenyataan pada Khamis.
Seniman berterima kasih kepada Fizz Fairuz kerana membangkitkan isu berkenaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
"Walaubagaimanapun, Seniman berterima kasih kepada beliau kerana mengbangkitkan isu berkenaan Perkeso dan isu ini menjadi viral dan memberikan ruang untuk ahli-ahli Seniman mengetahui bahawa Seniman telah berkerjasama dengan Perkeso sejak tahun 2020 lagi secara rasmi.
"Dalam kerjasama ini Seniman dilantik menjadi agen tunggal untuk kategori seni budaya sejak di rundingan antara dua pihak sejak tahun 2019.
"Sejak 2021 sehingga hujung 2022 melalui data Seniman hanya 82 orang sahaja ahli Seniman yang berdaftar dibawah skim khas PERKESO ini," katanya lagi.
Tambahnya, sejak kerjasama itu dijalinkan, lebih 10 ahli Seniman telah mendapat bantuan dan faedah daripada Skim Keselamatan Sosial Perkerjaan Sendiri (SKSPS).
"Seniman juga agak kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Fizz Fairuz yang dianggap sebagai serkap jarang tanpa usul periksa dengan pihak Seniman sendiri.
"Ia sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti dan imej Seniman atas kenyataan yang tidak berasas. Seniman juga berharap dengan kejadian ini akan lebih ramai ahli Seniman mengetahui tentang Skim Keselamatan Sosial Perkerjaan Sendiri inisiatif antara Seniman dan Perkeso ini.
"Semoga lepas ini lebih ramai ahli-ahli Seniman yang datang untuk mendaftar di bawah skim ini di pejabat Seniman," katanya lagi.
Terdahulu, dalam pengkongsian menerusi akaun Instagramnya, Fizz antara lain memberi reaksi terhadap insiden dihadapi Fasha Sandha.
Fareez Azman
Thu Mar 02 2023
Seniman dalam satu kenyataan pada Khamis, berterima kasih kepada Datuk Fizz Fairuz yang memberikan kenyataan di saluran Instagram beliau berkenaan dengan isu ini. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.