Seniwati Mariani selamat disemadikan

Astro Awani
Disember 2, 2015 04:13 MYT
Anak seniwati Mariani, Melissa Saila menabur bunga mawar di atas pusara ibunya di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, KL di sini, hari ini. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Suasana pilu menyelubungi pengkebumian jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail yang telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang di sini, pada kira-kira jam 11.30 pagi hari ini.
Pusara Mariani ditempatkan bersebelahan pusara adiknya, biduanita Puan Sri Saloma dan biduan negara Tan Sri P.Ramlee – kedua-duanya meninggal dunia beberapa tahun dahulu.
Seniwati Mariani atau Mariam Ismail menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 7.32 malam dipercayai akibat kanser usus di kediaman anak perempuannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul di sini malam tadi.

Jenazah Allahyarhamah Mariani disemadikan bersebelahan pusara adiknya Saloma dan P.Ramlee. @501Awani pic.twitter.com/mUyO5PxmtT

— HakimRahman (@abdhakimrahman) December 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jenazah primadona filem melayu Allahyarhamah Mariani dimandikan dan disolatkan di Masjid Al Hidayah @501Awani pic.twitter.com/3vBFzYDlzZ

— HakimRahman (@abdhakimrahman) December 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Jenazah Allahyarhamah Mariani dibawa ke Tanah Perkuburan Jalan Ampang untuk disemadikan @501Awani pic.twitter.com/H0euVhKE19

— HakimRahman (@abdhakimrahman) December 2, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Berita mengejutkan itu telah disampaikan ke pengetahuan umum oleh anaknya sendiri iaitu Melissa Saila melalui akaun media sosialnya sejurus selepas ibunya meninggal dunia.
Sebelum ini, Mariani, 82 tahun pernah beberapa kali dirawat di pusat perubatan kerana mengalami kemerosotan kesihatan kerana usianya.
Jenazah dimandikan di Masjid Al Hidayah, Jalan Sentul pada jam 9 pagi Rabu.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut berkongsi rasa kesedihan beliau di laman Twitter peribadinya pada malam Rabu.
BERITA LANJUT MENYUSUL
#Mariani #pengkebumian #saloma #Tanah Perkuburan Jalan Ampang