'Seorang lagi' , status Bujibu buat netizen terhibur, Hairul bakal timang anak kedua

Asyraf Roslan
November 2, 2018 04:29 MYT
Status tersebut bersempena dengan pengumuman Hairul Azreen , mengenai Hanis zalikha yang sedang hamil anak kedua. Dan rata-rata netizen terhibur dengan status yang dimuatnaik oleh bujibu - Astro AWANI
Seorang lagi!
Itu merupakan status yang dimuat naik oleh kucing kesukaan rakyat Malaysia, bujibuchempel dengan muka bengisnya diselit bersama foto imbasan kandungan.
Status tersebut bersempena dengan pengumuman Hairul Azreen bahawa isterinya, Hanis zalikha sedang hamil anak kedua. Dan rata-rata netizen terhibur dengan status yang dimuat naik oleh bujibu itu.
Di Instagram milik pelakon utama filem Paskal pula, Hairul telah memuat naik gambar mereka sekeluarga yang kini sedang bercuti di Tokyo dengan kapsyen “Alhamdulillah , Insha-Allah Yusuf Iskandar bakal dapat adik”. Berserta tanda pagar #RezekiMilikALLAH
Status Hairul telah mendapat lebih 267,000 like dan lebih 5,000 komen yang mengucapkan tahniah kepada Hairul dan Hanis di atas berita gembira tersebut.
#Bujibu #Hairul Azreen #Hanis Zalikha #Yusof Iskandar