awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sepatutnya jaga hati isteri..." - Bella kesal Aliff seperti mahu berhubung dengan Sophia

Gempak
Gempak
11/10/2023
01:15 MYT
"Sepatutnya jaga hati isteri..." - Bella kesal Aliff seperti mahu berhubung dengan Sophia
Kenyataan Aliff Aziz yang mengatakan dia masih belum berhubung dengan aktres Sophia Albarakbah mengundang rasa kurang senang isterinya iaitu aktres Bella Astillah.
KENYATAAN penyanyi Aliff Aziz yang mengatakan dia masih belum berhubung dengan aktres Sophia Albarakbah mengundang rasa kurang senang isterinya iaitu aktres Bella Astillah.
Bella menerusi Instastory turut memuat naik video temu bual Aliff bersama Hlive dengan kapsyen mempersoalkan kenyataan suaminya yang seakan-akan mahu menghubungi Sophia.
“Belum berhubung lagi? Kenapa akan berhubung ke?” soal Bella.
Pada perkongsian yang sama, Bella turut meluahkan rasa kecewa apabila suaminya seperti mahu menjaga hati pihak lain berbanding isterinya sendiri.
“Kenapa harus jaga hati pihak sana bukan ke sepatutnya jaga hati isteri jauh lebih penting,” luah Bella.
Terdahulu, Bella Astillah mendakwa Sophia memberi kenyataan palsu mengenai kehadirannya di minggu ketiga konsert All Stars Gegar Vaganza pada Ahad lalu.
Bella menerusi hantaran di Instastory turut mendedahkan Sophia hanya beredar dari dewan MBSA sebaik sahaja persembahan Aliff selesai selain mendedahkan nama aktres itu tidak ada dalam senarai tetamu. - Gempak
Topic Berkaitan
#Aliff Aziz
#Bella Astilah
#Sophia Albarakbah
#All Stars Gegar Vaganza
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan