HIBURAN
Sepupu Rihanna ditembak mati selepas rai Krismas bersama
Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne dan meluahkan kesedihan dan rasa tidak percaya atas pemergian lelaki itu.
KEMERIAHAN sambutan Hari Natal penyanyi Rihanna sekeluarga bertukar tragedi apabila sepupunya, Tavon Kaiseen Alleyne, ditembak mati beberapa jam selepas meraikan perayaan itu bersama.
Menerusi akaun Instagram peribadinya, Rihanna memuat naik foto dirinya bersama Alleyne dan meluahkan kesedihan dan rasa tidak percaya atas pemergian lelaki itu.