awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serangan Brussels: Jessica Alba dipuji kerana tidak melupakan Turki

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
23/03/2016
09:00 MYT
Serangan Brussels: Jessica Alba dipuji kerana tidak melupakan Turki
Alba turut meletakkan hashtag #prayfortheworld bersama imej tersebut. -Gambar fail/AFP
TATKALA hashtag #JeSuisBruxelles memaparkan imej grafik bendera Belgium 'ditenangkan' oleh bendera Perancis, mendominasi laman sosial, ramai yang mula mempertikaikan 'kehilangan' bendera Turki.
Turki minggu lalu, digegarkan dengan dua letupan bom, iaitu di Ankara dan Istanbul, masing-masing pada 13 Mac dan 20 Mac.
BACA: Letupan bom di Ankara korbankan lebih 30 orang
BACA: Lima maut serangan pengebom bunuh diri di Istanbul
LES ATTENTATS CE MARDI 22 MARS À BRUXELLES. (Le dessin du Monde) pic.twitter.com/9OCYMhOCpf
— PLANTU (@plantu) March 22, 2016
Ia seolah-olah membayangkan betapa hebatnya diskriminasi masyarakat Barat terhadap Turki yang dikenali sebagai negara dengan majoriti penduduknya adalah Muslim.
Namun begitu, pelakon Hollywood, Jessica Alba, mendapat pujian masyarakat antarabangsa apabila memuat naik grafik yang sama ke akaun Instagram miliknya, tetapi turut meletakkan bendera Turki dalam imej berkenaan.
#France #Belgium #Turkey #Peace #prayfortheworld
A photo posted by Jessica Alba (@jessicaalba) on
Mar 22, 2016 at 2:08pm PDT
Alba, yang dikenali melalui filem "Into the Blue" dan siri televisyen "Dark Angel", turut meletakkan hashtag #prayfortheworld, bersama imej tersebut.
Namun ada juga yang sinikal dengan imej berkenaan dan menganggap tindakan Alba sebagai tidak wajar kerana mendakwa Turki punya kaitan dengan Daish.
Tidak kurang juga yang beranggapan imej asal itu tidak patut diubah kerana ia hanya memaparkan mesej ikatan persaudaraan di antara dua negara berjiran, iaitu Perancis dan Belgium.
Semalam, kota Brussels di Belgium menjadi lokasi terbaharu yang digemparkan dengan letupan bom.
Topic Berkaitan
#Belgium
#Brussels
#Jessica Alba
#letupan bom
#Perancis
#Turki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan