Serangan jantung punca kematian, jenazah Jit Murad dikebumikan hari ini

Astro Awani
Februari 14, 2022 06:29 MYT
Perkara itu dimaklumkan sahabat karib Allahyarham, Tina Fadzil hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Pemeriksaan bedah siasat terhadap penulis, pelakon teater dan filem terkenal, Jit Murad mendapati Allahyarham meninggal dunia disebabkan serangan jantung.
Perkara itu dimaklumkan sahabat karib Allahyarham, Tina Fadzil hasil laporan bedah siasat yang dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) semalam.
Tina turut memaklumkan, jenazah Jit akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di ibu negara hari ini (Feb 14) dan ia terhad kepada waris terdekat sahaja.
BACA: Penulis, pelakon Jit Murad meninggal dunia
BACA: 'Tak sedap hati, risau tiada khabar daripada Jit Murad minggu lalu' - Tina Fadzil
BACA: 'Kami temui Allahyarham sudah tidak bernyawa' - Teman baik Jit Murad
"Ahli keluarga faham bahawa ramai rakan mahupun peminat ingin hadir untuk memberi penghormatan terakhir, namun disebabkan prosedur operasi standard (SOP), jumlah waris yang dibenarkan hadir solat jenazah dan pengebumian juga dihadkan.
"Justeru, ahli keluarga turut meminta majlis pengebumian hari ini hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja," katanya menerusi satu kenyataan ringkas kepada Astro AWANI.
Mengulas lanjut, Tina berkata komuniti teater Kuala Lumpur turut bercadang mengadakan majlis bagi memperingati Allahyarham, namun perinciannya akan dimaklumkan kelak,
Jenazah Jit selamat disemadikan selepas solat Zohor pada Isnin.
#bedah siasat #Jit Murad #Jit Murad meninggal dunia #kebumi Jit Murad