Serenia City KITA Runfest: Astro & Sime Darby Property semarak kesedaran cintai alam semulajadi

Serenia City KITA Runfest menekankan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan hutan serta kelestarian alam sekitar. -Foto Sime Darby Property
KUALA LUMPUR: Hutan hujan di Asia Tenggara merupakan antara yang tertua dan paling kaya dengan biodiversiti di dunia.
Ringkasan AI
- Hutan hujan Asia Tenggara kaya biodiversiti, tetapi ancaman pembalakan dan pembangunan pesat mengancam ekosistem serta spesies unik, memerlukan usaha melindungi hutan.
- Astro dan Serenia City anjur Serenia City KITA Runfest untuk tingkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan pemeliharaan hutan dan alam sekitar.
- Acara larian ini pada 6 Disember 2025 di Serenia City menawarkan aktiviti sihat, bazar komuniti, konsert, dan promosi pelbagai tarikan baharu di bandar Serenia.
Memahami tanggungjawab ini, Astro tampil memainkan peranannya sebagai “Voice for Good” melalui inisiatif Serenia City KITA Runfest, langkah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan hutan serta kelestarian alam sekitar.
Serenia City merupakan perbandaran seluas 2,370 ekar yang dibangunkan sebagai “Homegrown Future”, menggabungkan kediaman moden, pusat komersial, lebih 200 ekar kawasan hijau dan tasik justeru mewujudkan persekitaran hidup yang harmoni, tenang dan mesra alam sesuai untuk penganjuran acara larian dan karnival Serenia City KITA Runfest.
Menerusi program berkonsepkan komuniti dan kebajikan ini, Astro bukan sahaja mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai aktiviti sihat, tetapi juga menyeru tindakan kolektif dalam memelihara alam semula jadi demi generasi akan datang.
Acara ini bakal berlangsung pada 6 Disember 2025 (Sabtu), dari jam 5 petang hingga 10 malam di Serenia City Central Park, Sepang dengan Sime Darby Property sebagai penganjur utama dan Astro sebagai rakan kerjasama membawakan aktiviti menarik seperti, acara larian kompetitif 10KM dan larian santai 5KM, bazar komuniti, konsert yang menampilkan artis tempatan, hot air balloon dan pelbagai lagi aktiviti lain.

Serenia City menampilkan keseimbangan hidup moden dan harmoni. - Foto Sime Darby Property
Dibawakan dengan mesej utama “Rasai keterujaan bersama di perbandaran Homegrown Future anda – Serenia City, dibangunkan sempurna untuk kediaman, pekerjaan dan keriangan!”, inisiatif ini turut memperkenalkan pelbagai tarikan baharu di bandar Serenia:
- Serenia Baleria – projek perumahan baharu yang menampilkan keseimbangan hidup moden dan harmoni.
- Memperkenalkan sebuah pusat beli belah yang akan datang, Serenia Lakeside Mall merupakan destinasi gaya hidup baharu untuk komuniti.
- Ekosistem perniagaan yang pesat membangun, direka bagi pertumbuhan dan kolaborasi lestari.
- Akses mudah melalui rangkaian lebuh raya utama dan pengangkutan awam, hanya 15 minit ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya dan Cyberjaya.
Daftar sekarang untuk menyertai Serenia City KITA Runfest dan jumpa anda pada 6 Disember di Serenia City!

Serenia City menjadi kawasan idaman untuk mereka yang menginginkan kehidupan dalam suasana harmoni dengan ciri-ciri moden. - Foto Sime Darby Property
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


