HIBURAN

Shah Rukh Khan bertongkat, tiba di KLIA untuk konsert Temptations

Syafique Shuib 14/02/2014 | 04:21 MYT
Bintang Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi. Beliau berada di ibu negara untuk mengadakan konsert beliau Temptations Reloaded di Stadium Merdeka esok.

Antara bintang Bollywood yang bakal memeriahkan konsert berkenaan adalah Madhuri Dixit, Rani Mukherjee dan Jacqueline Fernandes.

Beliau kelihatan memakai tongkat ketika tiba di KLIA. Menurut laporan portal hiburan India PinkVilla.com, Shah Rukh mengalami kecederaan di bahagian bahu dan juga lutut kiri beliau kita penggambaran 'Happy New Year' pada Disember 2013.

Namun, Shah Rukh tidak akan menghampakan peminat-peminat beliau di Malaysia dan terus memuat naik tweet berikut:

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beberapa gambar Shah Rukh di KLIA sempat dimuat naik di Twitter

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

#Jacqueline Fernandes #Madhuri Dixit #Rani Mukherjee #Shah Rukh Khan #Temptations Reloaded