HIBURAN
Shah Rukh Khan kongsi foto tangan dianduh pasca cedera di lokasi
Shah Rukh kini menjalani fisioterapi dan akan kembali ke set penggambaran tidak lama lagi. - Gempak
SHAH RUKH KHAN muncul menyapa peminatnya dengan sekeping gambar terkini yang sekali gus memberi khabar kesihatan dirinya selepas terlibat dengan kemalangan sewaktu membintangi filem terkini, King, bulan lalu.
Ringkasan AI
Menerusi perkongsian di media sosial, bintang Bollywood itu memperlihatkan keadaan terkini dirinya dengan tangan dianduh kesan kecederaan yang dialami sewaktu melakukan salah satu adegan aksi filem milik Siddharth Anand.
Bintang berusia 59 tahun tersebut juga menjawab pertanyaan peminat mengenai kesihatan dan perkembangan dirinya selain pertanyaan bila akan kembali ke lokasi penggambaran.
“Bila filem terkini anda akan menemui penonton?,” tanya seorang peminat dalam ruangan Ask Me Anything (AMA) di ruangan X Shah Rukh Khan seperti dilaporkan Hindustan Times.
Soalan itu dijawab Shah Rukh Khan dengan mengatakan beliau akan kembali ke lokasi penggambaran dalam masa terdekat.
“Akan memulakan penggambaran dalam masa terdekat. Melakukan adegan kaki dahulu sebelum ke bahagian atas badan.
“Insya-Allah akan melakukannya dengan cepat,” jawab Shah Rukh Khan.
Aktor tersohor itu juga menambah dirinya kini mengikuti sesi fisioterapi bagi memulihkan bahagian bahunya yang mengalami kecederaan sebelum ini.
Shah Rukh sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan di lokasi penggambaran King dan dikatakan mendapatkan rawatan buat dirinya sebelum kembali ke Los Angeles.
King merupakan naskhah terkini lakonan Shah Rukh Khan selepas dua tahun tidak terlibat dengan pembikinan filem. -- Gempak
Ringkasan AI
- Shah Rukh Khan mengalami kecederaan bahu semasa penggambaran filem King, menyebabkan penggambaran ditangguhkan sementara dan filem dijangka ditayangkan pada akhir 2026 atau awal 2027.
- Beliau kini menjalani fisioterapi dan akan kembali ke set penggambaran tidak lama lagi, bermula dengan adegan kaki sebelum beralih ke bahagian atas badan, sambil mengekalkan semangat positif dan humor dalam sesi #AskSRK bersama peminat.
- Filem King menampilkan Suhana Khan dalam debut layar lebar, dengan barisan pelakon hebat seperti Abhishek Bachchan dan Anil Kapoor, serta diarahkan oleh Siddharth Anand sebagai sebuah aksi thriller bertaraf antarabangsa.