awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shah Rukh Khan tunai umrah

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2022
03:39 MYT
Shah Rukh Khan tunai umrah
Foto aktor Shah Rukh Khan berpakaian ihram ketika menunaikan umrah dikongsi oleh wartawan Arab Saudi, Saud Hafiz di akaun Twitternya.
SUPERSTAR Bollywod, Datuk Shah Rukh Khan dilaporkan berada di Tanah Suci Mekah menunaikan ibadah umrah.
Laporan media antarabangsa menyebut, pelakon kegemaran ramai itu mengambil kesempatan menunaikan umrah selepas selesai menjalani penggambaran filem terbaharu, Dunki di Arab Saudi.
Wartawan Arab Saudi, Saud Hafiz dalam perkongsian di akaun Twitternya berkongsi dua keping foto Shah Rukh Khan di Masjidilharam lengkap berpakaian ihram.
Saud juga menitipkan doa semoga Allah menerima ibadah aktor tersohor dunia itu.
Bollywood Actor Shah Rukh Khan @iamsrk performed Umrah in #Mecca today. May Allah swt accept his umrah, Ameen. #ShahRukhKhan@SRKUniverse pic.twitter.com/vPTKUSwKE6
— | Saud Hafiz (@saudrehman27) December 1, 2022
Perkongsian hantaran Saud itu menyebabkan ramai peminat Shah Rukh Khan menulis kata-kata yang indah selain mendoakan pelakon itu.
Sebelum berada di Arab Saudi, Shah Rukh Khan dan seluruh krew produksi terlebih dahulu berkunjung ke London bagi menjalani penggambaran filem Dunki.
Dalam hantaran di akaun Instagramnya, Shah Rukh Khan merakamkan penghargaan kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memberikan layanan mesra buat beliau dan seluruh tenaga produksi filem itu.
View this post on Instagram
A post shared by Shah Rukh Khan (@iamsrk)
Topic Berkaitan
#Shah Rukh Khan
#Shah Rukh Khan tunai umrah
#Pelakon Bollywood
#filem Dunki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan