Shaheizy Sam kembali rangkul anugerah Bintang Paling Popular ABPBH

Astro Awani
April 5, 2015 16:38 MYT
Dengan jumlah undian sebanyak 265,703, gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 menjadi milik Shaheizy Sam.
Dengan jumlah undian sebanyak 265,703, gelaran Bintang Paling Popular Berita Harian 2014 menjadi milik pelakon Shaheizy Sam pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 (ABPBH 2014) yang berlangsung sebentar tadi.
Ini adalah kemenangan ketiga Shaheizy di mana beliau pernah memenangi gelaran yang sama pada tahun 2010 dan 2012.
Shaheizy juga turut membawa pulang anugerah lain iaitu Anugerah Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2014.
ABPBH 2014 yang bersiaran langsung pada malam Ahad dari Arena of Stars, Kota Keriangan Genting Highlands ini menampilkan Sherry Alhadad, Amy Mastura dan AG sebagai barisan pengacara anugerah itu.
Persembahan pembukaan ABPBH2014 yang penuh tenaga daripada Faizal Tahir menerusi lagu Assalamualaikum Dunia. - Gambar ABPBH2014
Sebanyak 15 kategori dan enam kategori online dipertandingkan.
Ramalan Astro AWANI: Siapa bintang paling popular 2014 diketahui malam ini
Berikut adalah senarai penuh pemenang ABPBH 2014:
1 - Artis Baharu Lelaki Popular
Hafreez Adam
Ramalan Astro AWANI : Hisyam Hamid
2 - Artis Baharu Wanita Popular
Ayda Jebat
Ramalan Astro AWANI : Ayda Jebat
3 - Pengacara TV Lelaki Popular
Datuk Aznil Nawawi
Ramalan Astro AWANI : Datuk AC Mizal
4 - Pengacara TV Wanita Popular
Neelofa
Ramalan Astro AWANI : Neelofa
5 - Penyanyi Lelaki Popular
Akim
Ramalan Astro AWANI : Akim
6 - Penyanyi Wanita Popular
Adira
Ramalan Astro AWANI : Dayang Nurfaizah
7 - Artis Duo/Berkumpulan Popular
Akim & The Magistrate
Ramalan Astro AWANI : Akim & The Magistrate
8 - Pelakon TV Lelaki Popular
Shah Iskandar
Ramalan Astro AWANI : Sharnaaz Ahmad
9 - Pelakon TV Wanita Popular
Nad Zainal
Ramalan Astro AWANI : Ayda Jebat
10 - Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam
Ramalan Astro AWANI : Aaron Aziz
11 - Pelakon Filem Wanita Popular
Siti Saleha
Ramalan Astro AWANI : Siti Saleha
12 - Artis Komedi Lelaki Popular
Abam
Ramalan Astro AWANI : Jep Sepahtu
13 - Artis Komedi Wanita Popular
Didie Alias
Ramalan Astro AWANI : Jihan Muse
14 - Penyampai Radio Lelaki Popular
Johan
Ramalan Astro AWANI : Johan (Era)
15 - Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana (Hot)
Ramalan Astro AWANI : Fara Fauzana (Hot)
Kategori Online ABPH 2014
1. Artis Paling Kontroversi
Sharnaaz Ahmad
2. Pasangan Selebriti Romantis
Awal Ashaari dan Scha Alyahya
3. Artis Wanita Stailo
Datuk Siti Nurhaliza
4. Artis Lelaki Stailo
Zul Ariffin
5. Gandingan Serasi di Layar
Zul Ariffin dan Ayda Jebat
6. Personaliti Popular
Faiz Dickie
#ABPBH #anugerah #artis popular #Shaheizy Sam