HIBURAN
Shamsul Ghau Ghau syukur diberi tauliah mengajar al-Quran di Selangor
Kad tauliah kategori D3 itu adalah tauliah mengajar Al-Quran dan Shamsul kini dibenarkan mengajar di sekitar Selangor. -Foto Instagram @paksu_shamsul_ghau_ghau
PELAKON dan pelawak, Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin berkongsi berita gembira apabila sudah diberikan kad tauliah oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Kad tauliah kategori D3 itu adalah tauliah mengajar Al-Quran dan Shamsul kini dibenarkan mengajar di sekitar Selangor.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua kawan-kawannya yang mengajar dan mendidiknya.
Kini lebih selesa disapa sebagai Pak Su, penghibur itu juga menyatakan tauliah ini sebagai bukti bahawa Al-Quran masih boleh dipelajari tanpa mengira usia.
Beliau juga menyatakan mana-mana pihak yang sudi menjemputnya untuk menghadiri program motivasi boleh terus menghubungi beliau atau isterinya.
Sementara itu, rata-rata pengikut Instagram meluahkan rasa bangga dengan berita gembira itu dan tidak kurang juga yang meluahkan hasrat untuk belajar mengaji bersama Shamsul.

#Al-Quran
#artis
#dakwah
#hiburan
#Instagram
#MAIS
#Majlis Agama Islam Selangor
#mengajar
#mengaji
#program motivasi
#Selangor
#selebriti
#Shamsul Ghau-Ghau
#tauliah