awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis

Gempak
Gempak
04/09/2023
04:11 MYT
Sharnaaz dedah punca keluar Prodigy Syndrome bersama tiga lagi artis
Keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat. -Gempak
SEKITAR awal Ogos lalu, pelakon Sharnaaz Ahmad dan beberapa rakan selebriti lain di bawah pengurusan Prodigy Syndrome Management mengambil kata putus untuk meninggalkan syarikat berkenaan.
Sharnaaz bersama Aiman Hakim, Zahirah MacWilson dan Hannah Delisha mengumumkan tentang perkhabaran tersebut dalam sela masa yang dekat, sehingga menimbulkan pelbagai tanggapan dan spekulasi mengenai keputusan yang diambil oleh empat sekawan itu.
Namun, untuk mendapatkan lebih penjelasan, Gempak meminta Sharnaaz untuk berkongsi sebab sebenar dia dan rakan-rakan lain meninggalkan Prodigy Syndrome Management tempoh hari.
“Sebenarnya, hal ini terlampau internal untuk kita bincangkan. Sebab bukan kita kenal (pengurusan) sehari dua.
"Kita kenal lebih 15, 16 tahun. Sebagai artis pertama yang dia uruskan, biarlah kita sesama kita sahaja tahu.
“Kita pun tak nak bocorkan pada sesiapa. Sebab kita sayang dia… macam kakak sendiri. Of course, kita masih berkawan.
"Tapi, mungkin kita rehatkan dia sebentar. Kalau ada rezeki, mungkin kita boleh sambung balik,” ungkap Sharnaaz.
Sharnaaz ditemui pada majlis pembukaan cawangan kelima kedai frozen yogurt Hello di pusat beli-belah Mahkota Parade, Melaka pada Sabtu lalu.
Tambah pelakon filem Polis Evo 3 itu, keputusan untuk meninggalkan syarikat pengurusan secara serentak dibuat selepas masing-masing duduk berbincang dan meraih kata sepakat.
“Kita memang ada berbincang dan bersepakat untuk keluar bersama. Dan hal ini turut dipersetujui bersama pihak pengurusan.
"Kita cakap baik-baik. Tiada siapa pun cakap buruk-buruk tentang sesiapa. Kita matang dalam uruskan masalah.
"Dekat situ, insya-Allah takkan ada apa-apa. Sekarang pun hubungan kami sudah baik,” katanya.
Ditanya adakah hal tersebut melibatkan soal wang, jawab Sharnaaz: “Tidak juga.. 15 tahun kan? Sikit tahun ini, sikit tahun itu.
"Benda tu buat jadi banyak. Sampai satu tahap, kita rehat sekejap (tinggalkan pengurusan).
“Saya ada ditawarkan oleh beberapa pihak untuk uruskan kerjaya saya… tetapi saya tidak akan masuk mana-mana syarikat pengurusan lain.
"Hubungan saya dengan dia lebih daripada seorang manager dan artis.
"Dia ibarat kakak saya. Sehinggakan saya ingin bercerai pun saya tanya dia. Saya nak kawan dengan sesiapa pun dia yang akan approve. Begitu rapatnya saya dengan dia.
“Bagi saya, untuk masuk mana-mana syarikat pengurusan… mungkin tidak. Biarlah saya urus kerjaya saya sendiri.
"Saya dah 38 tahun, bukan susah sangat pun,” tutupnya. -Gempak
Topic Berkaitan
#Sharnaaz Ahmad
#Keluar Pengurusan Serentak
#Aiman Hakim
#Zahirah MacWilson
#Hannah Delisha
#Prodigy Syndrome Management
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan