[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
HIBURAN

Shawn Mendes menang besar di Juno Awards 2019

Asyraf Roslan 21/03/2019 | 08:48 MYT
Shawn Mendes berjaya memenangi lima kategori utama daripada enam kategori yang dicalonkan pada Malam Gala Juno Awards 2019 - Gambar Instagram/shawnmendes
Penyanyi lagu In My Blood, Shawn Mendes berjaya merangkul lima anugerah utama daripada enam kategori yang dicalonkan pada Malam Gala Juno Awards 2019 yang berlangsung hujung minggu lalu.
Anugerah itu adalah bagi menghargai penggiat seni muzik di Kanada dan antarabangsa dan sering dinamakan 'Anugerah Grammy Kanada'.
Pada majlis tersebut, Shawn merangkul anugerah untuk kategori Lagu Terbaik, Penulis Lirik Terbaik, Album Pop Terbaik, Album Terbaik dan Penyanyi Terbaik.
Bagaimanapun pelantun lagu Lost In Japan itu tidak dapat menghadirkan diri pada acara tersebut.
Dia dikatakan masih lagi berada di Eropah untuk konsert jelajahnya.
Kemenangan yang diraih menerusi lima kategori ini menambah koleksi trofinya yang kelapan diraihnya untuk acara tahunan yang berlangsung di Kanada.
#hiburan #In My Blood #Juno Awards 2019 #Lost In Japan #muzik #Shawn Mendes